My Life, My Story

My Life, My Story

Sunday, July 14, 2013

Product Review : CC Cream by Farmasi Cosmetics (FCC)

Assalamualaikum

Product Review lagi! Tapi kali ni I super duper excited you olls sebab I suka sangat dengan benda alah yang I nak perkenalkan ni.



Actually, to be honest, I ni sepesen perempuan yang agak malas bila bab mekap tapi ewah kau punya product review kemahin. Tapi kalau scroll-down balik, product yang I review pun takdelah nampak 'berat' sangat an.


Jadinya, tadaa!!!!!!





Pay attentions to all the ladies out there, CC Cream tengah 'in' tau skang. Dulu BB kan. Maybe lepas ni DD. LOL!!! (not funny)


Why I love giler this product and why I tak sabar sangat nak buat product review? Ianya akan terjawab sebentar lagi.


Oraite, I jumpa this product melalui blog Fatin Liyana. Dia ada buat review pasal this product la. Kebetulan pulak waktu tu I memang tengah mencari-cari foundation untuk muka I ni. CC Cream bukan foundation tau. I pulak TAK RETI pakai foundation. Jadi dalam makeup kit I memang takde foundation. Kesedaran timbul apabila I rasa kulit muka I macam kusam gitu.


Dia ada dua tona. Untuk kulit I yang tak berapa nak omputih, I amik Medium To Dark


So, conclussion nya I pun jenjalan kat mall, pastu jenjalan kat Google Engine cari produk apa yang tentunya 'tak berat' dan 'tak mahal'. I takmo tempek banyak sangat chemical kat muka I. I tak suka.


My first impression bila jumpa product ni "EH HALAL! SOUNDS GOOD. I BET BAHAN-BAHAN DIA TAK MERBAHAYA FOR MY SKIN" (bahan-bahan dah macam masakan). Pastu I google-google lagi, tengok testimoni semua okay.


Tapi my main point kat sini adalah nak cite pasal CC Cream kan. Why not BB Cream? Sebab waktu I cari tu CC tengok popular weyh!


Jadi pendekkan cerita,

  • When u apply cream ni, seriously awak tak rasa macam awak pakai mekap. Natural look giler!
  • Komposisi dia nipis dan meresap sebab korang tak perlu span nak apply. Just used your finger. Pastu takde la nampak macam lebihan cream macam kita pakai foundation tu.
  • Sesuai untuk orang yang pemalas macam I. Yang lebih suka mekap yang ringan dan on the go. Dan prefer natural look. *maksud on the go tu adalah 'pakai dan terus blah'. takyah nak belek-belek dah.
  • Lepas I jumpa cream ni, after solat I just apply cream ni yang mengambil masa tak sampai seminit pastu... I'm Done! (masa itu penting untuk I) Bedak pun I tak pakai tau. Sebab finishing dia nampak 'perfect' kot.
  • Handbag I pun ringan skang sebab alat mekap yang I bawak just cream ni. Compact powder pun entah mane dah. *Nampak tak betapa hebat cream ni*
  • Eh jangan lupa! SPF 25 u olls.



Other than that, I rasa boleh la korang tengok kat mana-mana blog yang mana akan ceritakan benda yang sama mengenai komposisi setiap bahan dalam CC Cream ni. So, I won't repeat couse I hate repitation (oh toksah emosi). Prouct lain dia pun nampak menarik and I'm gonna try soon Insha Allah. 


Nak cerita panjang lebar pun tak guna, cekidot website FCC atau pun boleh add kakak ni (FB) sebab dia jual online. Dekat website FCC pun boleh check your nearest store.



So, cepat grab one! Selamat mencuba!



Picture Coutesy : FCC Website

Saturday, July 13, 2013

Product Review : Smooth Minerals Mascara by Avon

Assalamualaikum. Yeay! Product Review again.

This entry I would like to give some review about mascara. Kalau before this, my entry is about eye liner, then it should be pair with a mascara. Bagi I, tak complete if I pakai eye liner without mascara. Rasa macam ‘hanging’ gitu ataupun macam eye makeup tak habis jek. 

So here we go.



Hebat sangat kah mascara ni? Pastilah! Apa yang hebat? Okay, let me story morry sikit.

Selama bergelar perempuan yang mula berjinak-jinak dengan ‘alam’ makeup ni, I kerap bertukar ganti dari pelbagai produk sehingga la I cuba mascara dari Avon ni. First of all, meh I bagitahu u’olls, ianya TIDAK KALIS AIR walaupun dekat buku Avon tu tulis kalis air. Maybe sebab tu I suka. I paling tak suka time kita nak removed kita punya mascara, sehelai dua bulu mata I pun tercabut sekali. Orang cakap, “pakai la make up remover”. Pakai dah. Tercabut gak. Habis bulu mata kucing I. Wakakaka. Iklan TV jap.

Ke’obses’an I pada mascara ni sampai bila orang nak buat makeover, I akan suruh dorang pakai mascara I. Dorang ape tau kepayahan I tanggalkan kejap lagi.

Jadinya, kesimpulan kepada karangan pendek I di atas, mascara ni senang tanggal. Semestinya bukan untuk kegunaan jangka panjang tapi kepada mereka yang kerap apply-removed-apply-removed, I sarankan this product.

My motto about beauty is “Tak Perlu Sakit Untuk Cantik Jemah Oi”

Nak carik mana? Kata produk Avon. Engko carik kat Watson ke Guardian memang tak ketemu la. Belek catalog Avon ogeyh.

Till then. Hug and Kiss!


*Picture Courtesy : Google Engine

Product Review : Simply Liquid Eye Liner Pen by Simply Siti

Assalamualaikum






Just a simple product review from Simply Siti range that is Simply Liquid Eye Liner Pen. This is just awesome and amazing product. Easy to apply. Easy to remove. Jujur dari pandangan I, this kind of eye liner are suitable for u out there yang tak suka ‘bersusah payah’ dalam proses menanggalkan eye liner.

Contoh : as a muslim, bila tiba waktu solat, (for me) I will remove all my make up. That’s mean I akan solat dalam keadaan ‘nekad’ face. That’s why i do in LOVE with this eye liner. No need make up remover yang terkadang agak harsh towards your skin, u guys just guna pencuci muka and cuci muka seperti biasa. Tak perlu dok tenyeh-tenyeh kat mata tu. And kerana my busy schedule, i’m not prefer to spend a lot of time just to apply and removed my make up. So this product suit me well.

Conclusion nya, sekiranya anda mencari eye liner yang tidak terlalu ‘berat’ means u just can apply and remove it in a second, nah! this is for you. Sejak jumpa this eyeliner, I tidak lagi malas mengenakan eye liner bagi menyerlahkan mata I. Ewah!

So apa lagi, grab one in the nearest store atau lebih mudah cari sahaja di Watsons or Guardian. I do think this is one of the popular product from Simply Siti sebab this eyeliner selalu sangat habis.

Selamat mencuba.


*Picture Courtesy : Google Engine

Saturday, January 12, 2013

Saya suka Dropbox ^_^

Assalamualaikum

Today i nak cerita pasal Dropbox. What is Dropbox? Apa function dia and so on.

I yakin people out there ramai yang dah tahu pasal Dropbox ni ada jugak yang belum tahu. So i nak 'gebang-gebang' la kat sini apa yang bestnya dengan Dropbox ni. I bet ramai pakai smartphone sekarang kan. This is where i found Dropbox. Either memang dah install dalam your smartphone atau korang boleh godek-godek dalam Google Play Store (kepada mereka yang menggunakan Android). 

For me, masa i mula-mula guna HTC, this application memang dah di'install' sebagai one of the software. I 'aneh' la kenapa dah siap ada. Bagus kah application ni. Selalunya kita tau if sesuatu software di'install' dalam kita punye smartphone, itu adalah basic software yang semua orang tahu akan pakai software tu. Contohnya macam Facebook, Twitter, WhatsApp. So it came to my mind so i pun try tengok apa yang best. Social networking jugak kah? BUKAN!

Oraite, mukadimah dah panjang, jom kita pergi pada hajat asal i update entry,


Dropbox ini adalah merupakan aplikasi yang boleh dikira macam 'sharing' gitu. Apa yang best dengan Dropbox ini adalah dia boleh kongsi/menghubungkan sebarang bentuk media yang berada di dalam smartphone - laptop - desktop office dan sebagainya tanpa memerlukan aplikasi USB. (aplikasi tau) hahhahaha.


Macam mana tu? 


1. Sign-up Dropbox di Dropbox - Simplify your life



2. Then bila dah ada account, Sign-In


3. Dia akan mintak u guys download Dropbox. So application ni akan ada di laptop / desktop korang or if smartphone, u guys just download this application dekat Play Store.



4. Then, share lah! Hahahaha. (senang boh!)

 Contoh account Dropbox i :)


Let say u guys snap picture dekat your smartphone, lepas tu korang share la dekat Dropbox. Dia akan masuk dalam folder Dropbox korang - automatik akan ada dalam file Dropbox laptop / desktop korang dan automatik jugak ada dalam korang punye Dropbox website.

Contoh lagi,

If korang download lagu dekat PC, nak transfer masuk smartphone tak perlu USB ataupun bluetooth, korang just perlu share dalam Dropbox. TARAAAA!!!!! Dah ada dalam smartphone korang.

Contoh lagi,

Kepada blogger yang suka amik gambar on the go untuk masuk dalam blog dorang, u guys just perlu share gambar yang dicapture tu masuk dalam Dropbox, TARAAAA!!!! dah ada dalam PC.


Let say korang jenjalan pastu PC orang tu takde Dropbox, just pegi dekat Dropbox website and Sign-In, TARAAAA!!!!! Korang boleh access folder Dropbox laptop korang yang ada dekat rumah tu.

Senang cerita, dimana ada Dropbox disitulah awak-awak semua boleh access folder Dropbox awak yang mungkin mengandungi MP3, Picture maupun sebarang Document.

Best kan? Kalau best, gi download Dropbox gi.

Selamat mencuba ^_^

Tuesday, January 8, 2013

'New Year' Resolution

Assalamualaikum...

Lama tak update kan (like people care kamu update ke idok?) hahahha. Selalu alasan tak update sebab sibuk dengan kerja hakiki. Balik rumah pulak broadband dah lebih quote maupun line macam dalam gua. Sekarang dah ada UniFi pun tak update jugak. Maksudnya malas ataupun hidup i takde yang menarik. Jadi takde cerita. Hahahaha.

Macam tajuk kat atas tu, tujuan i update ni pun sebab esok adalah 'my new year'. Orang lain dah 8 hari berlalu New Year nya, ekau baru nak New Year. Setiap tahun baru buat i adalah tahun yang baru juga buat umur i (oh, i cakap putar-putar). I mean, setiap awal tahun baru i akan celebrate my birthday sebab birthday i on January. Jadi automatiknya, usia akan bertambah setiap awal tahun. Sesetengah orang hujung tahun or mid year ke kan. I bukak calendar baru, umur pun berubah.

Di umur yang rasanya boleh digelar 'dewasa' ni, tak banyak yang i nak. Cuma inginkan semoga amal i lebih banyak dari dosa i. I bukan insan sempurna. Sampai masanya i akan balik kepada Dia. I harap i boleh jadi lebih istiqomah atas jalanNya kerana itu yang paling susah sebenarnya. I yakin if i dekat dengan Dia, Insha Allah, segala hajat atau keinginan i selepas tu akan lebih mudah.

Ada diantara kawan-kawan i yang diusia i sekarang dah ada suami, anak dan keluarga sendiri. Tipu tak rasa tertekan. Sometimes ada. Tapi i ambil dari sisi positif nya. Ramai lagi orang kat luar sana yang usianya dah lebih banyak tapi belum bertemu pasangan. Semua tu ada sebab. Lagipun jodoh tu rahsia Allah. Tak payah la susahkan hati. Jadi urusan seperti itu, kita serahkan pada Dia sebab sejak kita dalam perut dah tercatit semua tu :) Dan i rasa rezeki i ada pada benda lain. Contohnya dari segi financial atau pun asset. But don't have to brag la sebab itu pun dari Dia. Jadi i fikir, rezeki orang lain begini jalannya dan rezeki i pulak begini ceritanya. So no worries :)

Selain tu, takkan fikir soal jodoh/kahwin je kan. Macam takde 'goal' lain pulak kan. Of cos ada. Mungkin ini masanya untuk i sambung belajar. Alhamdulillah i dapat panggilan untuk ambil exam MUET this February (wish me luck). I guess one step closer. Insha Allah, ada rezeki melangkah la i ke IPTA sekali lagi. Serious i dah rindu nak bukak buku, buat note, masuk kelas. Tapi exam dengan ujian tak berapa nak rindu. Ihiiiii :)

Other than that, nak jaga kesihatan sebaik yang boleh (yela, usia dah meningkatkan), nak buang sikap 'laziness' tu kan and etc. Tapi yang i pelik, semakin meningkat usia ni, makin obsessed pulak i dengan cute stuff. Macam Hello Kitty gitu. Hellow. Umur dah terbalik gamaknya. Aneh! Tapi benar :)

And last but not least, Insya Allah dengan izinNya. Semoga diusia yang mendatang ini akan lebih berkat lagi umurnya. Till then. Assalamualaikum.




Monday, October 29, 2012

Chasing Dreams

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, dah melepasi tahun ketiga i bergelar penjawat awam. When it comes to happy moment "wah, begitu pantas masa berlalu", but bila sampai ke rought times "apehal lambat sangat masa ni. penat dah kita kene hadap benda yang sama jek". Kan kan? Korang pun mesti gitu kan. Toksah tipu! Hahahaha.

I dikenali dengan sifat i yang tak pernah puas. If dulu waktu i mula-mula kerja, i'll make sure yang i akan LULUS exam perkhidmatan tu dengan sekali exam sahaja. Sebab bila i tau bila i KANDAS, tempoh SAH PERKHIDMATAN i akan lambat. Dan sebagai penjawat awam, selagi kita tak sah, selagi tu lah kita tak boleh nak buat apa-apa.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan i LULUS. Dengan skim baru yang diperkenalkan oleh JPA untuk Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), i dan kawan-kawan i yang mempunyai kelulusan yang diperlukan telah diberi kenaikan ke tahap yang lebih tinggi yang dipanggil Setiausaha Pejabat. Alhamdulillah, rezeki kami. Dalam pada itu, i masih memikirkan cara bagaimana i nak naik ke tahap yang lagi tinggi. I usha web JPA, SPA semua. Usha exam apa lagi yang i boleh ambil. Oh, cammon. Kita just 21-23 at that time. Banyak benda boleh buat. Teringin nak beralih ke swasta untuk timba pengalaman lebih, merasa kerja lebih dan income yang lebih. Tapi bila fikir untuk jangka masa panjang, terpaksa lupakan hajat itu. Akhirnya i buntu sebab dah takde exam yang i boleh ambil. "Duduk la kau kat situ alia sampai 10 tahun kedepan mungkin baru dapat naik stage yang lebih tinggi". Cetek tak cetek mind kita waktu tu. Orang suruh sambung study malas. Sibuk nak pegang duit sangat kan.

Tapi setelah melepasi tahun ketiga perkhidmatan, i mula fikir "oh kemon alia. sampai bila duduk tahap yang sama ni? tension pada benda yang sama? semua kau dah ada? pikir apa lagi weyh?"

dan akhirnya.....JOM STUDY!!!!! (baru terbukak mata dan pintu hati dan itu sahaja cara yang i ada untuk upgrade diri i sendiri. dah takde pilihan lain) wakakaka - after 3years la tapi...

Tapi i tak pernah rasa menyesal sebab rasa macam dah terlambat ke ape sebab if tengok pada kawan-kawan batch i yang lain, kebanyakan dah berjaya dapat ijazah dalam tempoh 3 tahun main-main i tu. U know why?

Sebab i rasa i dah stabil sangat-sangat. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Kedudukan i dalam perkhidmatan awam dah kuat. I ada pengalaman kerja yang i boleh kata "dah boleh tahan caci maki" (kire dah kebal sikit), i dah ada segala asset yang i perlukan seperti kereta, rumah dan perniagaan sampingan. I takde suami atau anak untuk dipikirkan lagi. Jadi belum ada tanggungjawab khusus. What else u want? So, this is the time la kan.

At one point, i agak berpikir banyak kali bila memikirkan if i ambil pengajian jarak jauh (PJJ), begitu lama masa yang i perlu untuk dapatkan segulung ijazah. and oh yes, kos yang perlu dikeluarkan ditambah hutang ptptn yang belum langsai juga perlu diambil kira. (sebab kita bukan anak orang kaya) i pulak jenis yang tak sabar. Nak sesuatu, tak boleh nak tunggu-tunggu. Tempoh pengajian akan jadi lama if kita buat PJJ. Paling tidak pun dalam 5 tahun. Ohoiiiiii! Lame kau tau! (bagi i la kan)

So, bila dah fikir-fikir, discuss dengan my cousin dengan tekad by hook or by crook i kene sambung. Sebab that's the only way i nak tinggkatkan diri i sendiri. I ambil keputusan untuk buat pengajian penuh beserta memohon cuti separuh gaji (kita hanya merancang dan berdoa, semoga Allah permudahkan dan perkenankan). I boleh sambung study dalam waktu yang mungkin hanya 3 tahun or less dan still i dapat half of my income monthly and kalau ada rezeki, insyallah who know's mana tau i layak apply untuk Kemudahan Penajaan dan Latihan Bagi Penjawat Awam? (Apo bondo Kemudahan Penajaan dan Latihan mak nenek tu? Dia umpama biasiswa gitu la). Semua itu hanya akan dapat direalisasikan after anda SAH bergelar penjawat awam yang telah disahkan dalam tempoh 3 tahun. Can u see that? Segala perancangan Dia itu sentiasa ada sebabnya ^_^ Selagi awak tak melepasi tempoh 3 tahun, there NO cuti separuh gaji, NO kemudahan latihan or watever!!!!

So now, i'm chasing my dream bebeh! Insyallah, i akan ambil course yang mana hampir sama dengan kerja dan kelulusan diploma i yang dulu. How i LOVES my job but i DO LOVES my future. I nak buat something yang enjoy. If sekarang i manage boss atau orang-orang besar / persendirian, how about thinking of manage event or something yang lebih expose pada orang luar? Sounds great kan.

Tapi apa pun, segalanya di tangan Dia. If dia tak perkenankan, maybe belum sampai masanya atau ada peluang yang lebih baik menunggu. Selalu berdoa dan Dia akan beri yang terbaik untuk kita ^_^

Lots of LOVE and Assalamualaikum.




Sunday, October 28, 2012

Pendaftaran MUET bagi sesi March 2013

Assalamualaikum

"lama dah tak buat entry, busy, takde line internet yang bagus n blablabla" (ayat cliche sebagai alasan tidak mengupdate blog berbulan lamanya) anyway, this is not the first time kan. dah selalu buat perangai gini. hahaha

okay, today kita nak bagitau yang pendaftaran untuk sesi pengambilan exam MUET untuk tahun 2013 TELAH DIBUKA. jadi kepada sesiapa yang berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi tidak mempunyai sijil WAJIB untuk memohon iaitu MUET, anda bolehlah berbuat pendaftaran bermula hari ini 29 Oktober 2012. Jadual adalah seperti berikut : (sila klik link MPM ini)

for the past few years, i ada google gak camne nak daftar MUET ni sebagai calon persendirian. disebabkan waktu belajar kat Politeknik dulu i dah terlepas peluang nak ambil MUET secara beramai-ramai bersama kenalan yang dikenali disebabkan faktor i sedang menjalani 'praktikal' di kala itu, jadinya memang kene ambil sorang-sorang la gayanya exam ni.

BUT NOW! untuk mendaftar adalah hanya dihujung jari anda. anda hanya perlu meng'klik' laman web MPM tadi dan masuk ke bahagian perkhidmatan online. NAH! nak kata malas lagi tak tahu la hai. just before that, korang kene la bayar yuran pendaftaran and yuran exam di Pejabat BSN yang terdekat. nanti dia akan bagi no pin mec untuk pendaftaran online tu. and cara mendaftar cukup lah senang. then tunggu keputusan kita akan ditempatkan dimana. sonang ke idok?????

jadi kepada mereka yang berminat untuk ambil MUET, tak kirala samada sebab nak futher atau nak saja-saja tambahkan sijil, boleh cekidot kat link yang i bagi tu. untuk sesi March nanti pendaftaran dia tak lama tau. start today till 16 Nov jek. so, don't be late!

Assalamualaikum  ^_^