Ohohoyyyyy !!!! bila mata bertentang mata !!!
senyumlah senyumlah ahai cek mek molek~
Musim orang kawin sekarang ni der. Maybe bukan musim korang. Tapi musim kawan-kawan i. ada yang sibuk nak kawin lah. Ada yang sibuk bertunang la. Ada yang sekali harung tunang – kawin. Standard lah kan. 24 already. Kau pun patut kawin hoi! Lupe lak alia tu ha. (jap, pehal 24 tu di bold kan?)
ATTENTION !
post ini bukan kerana si alia tu dah gatal nak kawin tapi sebab untuk peringatan rujukan bersama.
Jadinya bila semua orang nak bertukar ke ‘fasa’ baru, terfikir-fikir la agak-agaknya kalau I yang akan menuju ke fasa itu, BERSEDIAKAH I ???? and I do think, kepada ‘bakal-bakal’ candidate yang akan menuju ke fasa itu, soalan yang sama akan bermain di kepala masing-masing.
Jadi post kali ni, I nak state beberapa soalan yang kerap bermain di dalam kepala I andainya tiba waktu I untuk bertukar fasa.
Eh, tuit tuit.
Bukan soalan cepumas dari orang sekeliling yang sibuk nak tau bila nak kawin tu ye tapi soalan-soalan yang harus ditanya pada diri sendiri.
- 1. Sudah sediakah aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri?
- 2. Sudah sediakah aku untuk berubah dari segi mental mahupun fizikal? (fizikal merangkumi perubahan bentuk badan dari kurus keding ke berisi) hahahaha.
- 3. Rajinkah aku nak memasak untuk laki aku nanti?
- 4. Rajinkah aku nak gosok baju suami aku nanti sedangkan baju sendiri pun malas nak gosok.
- 5. Bolehkah aku tolerate dengan suami aku bila ada masalah atau aku je yang nak ‘menang’?
- 6. Rajin ke aku nak kejut suami aku pagi-pagi pastu siapkan sarapan untuk dia?
- 7. Bolehkah aku hidup dengan cara, setiap kelakuan yang aku buat, setiap perbuatan yang aku lakukan perlulah dengan kebenaran suami?
- 8. Andai kata aku ‘terpregnant’, ready kah aku untuk menjadi seorang ibu? Bukan untuk beranak je, tapi untuk jaga anak dan segala ‘package’ yang telah ditetapkan.
- 9. Rajinkah aku nak kemas rumah selalu dan pastikan rumah sentiasa berada di dalam keadaan kemas?
- 10. Dan tugas dari masa ke semasa. (ahaks, dah macam senarai tugas fail meja kat ofis plakkan)
- 11. Bersediakah aku untuk berada disisi suami aku walaupun aku akan kebosanan nak ikut dia kehulur-hilir?
- 12. Yang paling last, dah ready kah aku untuk berhenti ‘berjimba-jimba’ dengan kawan-kawan aku?
Sebenarnya banyak lagi persoalan yang perlu kita fikirkan. Bukan hanya fikirkan persiapan untuk kahwin sahaja, yang paling penting SELEPAS itu. Sebab ada antara kita ‘tak sempat’ nak fikir sebab dah terlalu teruja nak kawin.
Tapi Alhamdulillah, I masih sempat apatah lagi dari sehari ke sehari, ada je kawan-kawan yang dah melepasi fasa ini. Jadinya, mereka-mereka ini lah yang menjadi contoh dan panduan buat i. ada yang boleh diikut dan pastinya harus dijadikan contoh dan yang paling penting, I sangat salute pada mereka dan ada juga yang I tengok, “hurmmm…..macam belum nak kawin jek dia ni” and yang paling worst, perangai selepas kawin tak berubah ataupun lebih worst dari sebelum kawin. So, I dah ada reference and tau the ‘do and don’t’ dalam perkahwinan.
Tapi still semuanya berbalik kepada jodoh dan ketentuan. Ada yang bagi alasan, "alaaaa..aku tak ready nak kawin lagi sebenarnya. Laki tu yang sibuk nak kawin". EH? alasan camni memang payah nak diertikan. Kalau laki tu yang sibuk nak kawin, kita sendiri bila dah tukar status sebagai isteri kenalah cuba untuk sesuaikan diri. Kalau tak siapa yang malu? Diri sendiri woi!
Jodoh pertemuan itu di tangan Allah S.W.T. Bila kita kawin, kita tunang, kita beranak-pinak, semuanya telah ditentukan. Kadang-kadang kita belum bersedia tapi dah tiba masanya. Benda tu kita memang tak boleh nak ubah. Tapi ada satu yang kita boleh ubah. Iaitu ATTITUDE kita. Bila kita dah berada di dalam fasa itu, haruslah kita berubah untuk sesuaikan diri kita dengan fasa itu. Apatah lagi, syurga berada di bawah tapak kaki suami bagi seorang isteri. Jangan aibkan suami dalam apa jua cara sekali pun. Mintak dijauhkan. Tak cium bau syurga nanti u’olls.
Kadang-kadang sebab dah terbiasa tak perlu report apa-apa kat sesape, bila dah kawin, kita lupa nak mintak izin suami kita walaupun kita nak pegi kedai sebelah rumah. Harus diingat tempat seorang isteri adalah di sisi suami.
I nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab I belum berada di dalam fasa itu, tapi I yakin, if I dah kawin, my mom and dad sendiri akan bising dengan I kalau I buat 'perangai bujang’ i. and yang paling penting, I sendiri malu kot jadi isteri yang ‘berlagak bujang’.
Tapi diingatkan, benda-benda diatas ada yang tidak boleh diguna pakai buat pasangan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). But I’m sure, once they get together, semua benda ni harus difikirkan.
Okay, cukup tazkirah pada hari ini. I dah penat nak taip. HAHAHAHAH.
Marilah kita sama-sama beringat tugas kita. Kepada sahabat-sahabat saya yang dah Berjaya menjadi isteri yang baik, TAHNIAH UNTUK KORANG. KORANG LAH RUJUKAN UNTUK I. tapi bagi yang tak berapa nak Berjaya, haruslah ubah diri dan attitude. Korang bukan nak duduk sehari dua bersama. Tapi sehingga ke akhir hayat. Attitude yang tidak baik tidak elok diamalkan.
Bagi I pulak yang memang tak tahu bila nak kawinnya, I’ll take this opportunity untuk improved myself day by day. Hope 1 day, I dapat jadi seorang isteri yang boleh dibanggakan suaminya.
Akhir kata,
SELAMAT KAWIN U’OLLS !!!!!
*p/s : harap tiada yang terasa hati dengan post i sebab honestly i buat ni untuk peringatan i jugak. sebab i pun belum kawin. jadi maybe ada ayat-ayat yang tak best didengar atau lebih tepat sekali dialog dia camni "alahai, kau kawin pun belum, sibuk nak syarah kat orang". takde niat wey. siyes!
bagus ur idea alia... awesome la katakan.. tp bukan apa celop ya.. original from alia.. bila turn alia? DAH BERSEDIAKAH? hahaha
ReplyDeletebersedia? macam belum jek. hehehehe
ReplyDeleteha3...wei, PJJ pun still minx izin suami k...tp if laki aku kat sini, aku mesti ikot bait2 pekeliling ko...hu3...tp mmg betul pun perkahwinan mematangkan seseorang...kalo die masih cmtu, n bertambah terok, adalah atas faktor masalah keperibadian sendiri...
ReplyDeleteitu memang la kemestian DTC oi..mksd aku yg lain tu dari segi, masak, cuci baju, kemas umah...xla rajin sgt kalo laki ko xde kan...hahahhaha..ce laki ko nk blk umah, waktu tu la ko baru nk mop umah kn..ups! terbocor rahsia ;p
ReplyDelete