My Life, My Story

My Life, My Story

Monday, October 29, 2012

Chasing Dreams

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, dah melepasi tahun ketiga i bergelar penjawat awam. When it comes to happy moment "wah, begitu pantas masa berlalu", but bila sampai ke rought times "apehal lambat sangat masa ni. penat dah kita kene hadap benda yang sama jek". Kan kan? Korang pun mesti gitu kan. Toksah tipu! Hahahaha.

I dikenali dengan sifat i yang tak pernah puas. If dulu waktu i mula-mula kerja, i'll make sure yang i akan LULUS exam perkhidmatan tu dengan sekali exam sahaja. Sebab bila i tau bila i KANDAS, tempoh SAH PERKHIDMATAN i akan lambat. Dan sebagai penjawat awam, selagi kita tak sah, selagi tu lah kita tak boleh nak buat apa-apa.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan i LULUS. Dengan skim baru yang diperkenalkan oleh JPA untuk Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), i dan kawan-kawan i yang mempunyai kelulusan yang diperlukan telah diberi kenaikan ke tahap yang lebih tinggi yang dipanggil Setiausaha Pejabat. Alhamdulillah, rezeki kami. Dalam pada itu, i masih memikirkan cara bagaimana i nak naik ke tahap yang lagi tinggi. I usha web JPA, SPA semua. Usha exam apa lagi yang i boleh ambil. Oh, cammon. Kita just 21-23 at that time. Banyak benda boleh buat. Teringin nak beralih ke swasta untuk timba pengalaman lebih, merasa kerja lebih dan income yang lebih. Tapi bila fikir untuk jangka masa panjang, terpaksa lupakan hajat itu. Akhirnya i buntu sebab dah takde exam yang i boleh ambil. "Duduk la kau kat situ alia sampai 10 tahun kedepan mungkin baru dapat naik stage yang lebih tinggi". Cetek tak cetek mind kita waktu tu. Orang suruh sambung study malas. Sibuk nak pegang duit sangat kan.

Tapi setelah melepasi tahun ketiga perkhidmatan, i mula fikir "oh kemon alia. sampai bila duduk tahap yang sama ni? tension pada benda yang sama? semua kau dah ada? pikir apa lagi weyh?"

dan akhirnya.....JOM STUDY!!!!! (baru terbukak mata dan pintu hati dan itu sahaja cara yang i ada untuk upgrade diri i sendiri. dah takde pilihan lain) wakakaka - after 3years la tapi...

Tapi i tak pernah rasa menyesal sebab rasa macam dah terlambat ke ape sebab if tengok pada kawan-kawan batch i yang lain, kebanyakan dah berjaya dapat ijazah dalam tempoh 3 tahun main-main i tu. U know why?

Sebab i rasa i dah stabil sangat-sangat. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Kedudukan i dalam perkhidmatan awam dah kuat. I ada pengalaman kerja yang i boleh kata "dah boleh tahan caci maki" (kire dah kebal sikit), i dah ada segala asset yang i perlukan seperti kereta, rumah dan perniagaan sampingan. I takde suami atau anak untuk dipikirkan lagi. Jadi belum ada tanggungjawab khusus. What else u want? So, this is the time la kan.

At one point, i agak berpikir banyak kali bila memikirkan if i ambil pengajian jarak jauh (PJJ), begitu lama masa yang i perlu untuk dapatkan segulung ijazah. and oh yes, kos yang perlu dikeluarkan ditambah hutang ptptn yang belum langsai juga perlu diambil kira. (sebab kita bukan anak orang kaya) i pulak jenis yang tak sabar. Nak sesuatu, tak boleh nak tunggu-tunggu. Tempoh pengajian akan jadi lama if kita buat PJJ. Paling tidak pun dalam 5 tahun. Ohoiiiiii! Lame kau tau! (bagi i la kan)

So, bila dah fikir-fikir, discuss dengan my cousin dengan tekad by hook or by crook i kene sambung. Sebab that's the only way i nak tinggkatkan diri i sendiri. I ambil keputusan untuk buat pengajian penuh beserta memohon cuti separuh gaji (kita hanya merancang dan berdoa, semoga Allah permudahkan dan perkenankan). I boleh sambung study dalam waktu yang mungkin hanya 3 tahun or less dan still i dapat half of my income monthly and kalau ada rezeki, insyallah who know's mana tau i layak apply untuk Kemudahan Penajaan dan Latihan Bagi Penjawat Awam? (Apo bondo Kemudahan Penajaan dan Latihan mak nenek tu? Dia umpama biasiswa gitu la). Semua itu hanya akan dapat direalisasikan after anda SAH bergelar penjawat awam yang telah disahkan dalam tempoh 3 tahun. Can u see that? Segala perancangan Dia itu sentiasa ada sebabnya ^_^ Selagi awak tak melepasi tempoh 3 tahun, there NO cuti separuh gaji, NO kemudahan latihan or watever!!!!

So now, i'm chasing my dream bebeh! Insyallah, i akan ambil course yang mana hampir sama dengan kerja dan kelulusan diploma i yang dulu. How i LOVES my job but i DO LOVES my future. I nak buat something yang enjoy. If sekarang i manage boss atau orang-orang besar / persendirian, how about thinking of manage event or something yang lebih expose pada orang luar? Sounds great kan.

Tapi apa pun, segalanya di tangan Dia. If dia tak perkenankan, maybe belum sampai masanya atau ada peluang yang lebih baik menunggu. Selalu berdoa dan Dia akan beri yang terbaik untuk kita ^_^

Lots of LOVE and Assalamualaikum.




Sunday, October 28, 2012

Pendaftaran MUET bagi sesi March 2013

Assalamualaikum

"lama dah tak buat entry, busy, takde line internet yang bagus n blablabla" (ayat cliche sebagai alasan tidak mengupdate blog berbulan lamanya) anyway, this is not the first time kan. dah selalu buat perangai gini. hahaha

okay, today kita nak bagitau yang pendaftaran untuk sesi pengambilan exam MUET untuk tahun 2013 TELAH DIBUKA. jadi kepada sesiapa yang berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi tidak mempunyai sijil WAJIB untuk memohon iaitu MUET, anda bolehlah berbuat pendaftaran bermula hari ini 29 Oktober 2012. Jadual adalah seperti berikut : (sila klik link MPM ini)

for the past few years, i ada google gak camne nak daftar MUET ni sebagai calon persendirian. disebabkan waktu belajar kat Politeknik dulu i dah terlepas peluang nak ambil MUET secara beramai-ramai bersama kenalan yang dikenali disebabkan faktor i sedang menjalani 'praktikal' di kala itu, jadinya memang kene ambil sorang-sorang la gayanya exam ni.

BUT NOW! untuk mendaftar adalah hanya dihujung jari anda. anda hanya perlu meng'klik' laman web MPM tadi dan masuk ke bahagian perkhidmatan online. NAH! nak kata malas lagi tak tahu la hai. just before that, korang kene la bayar yuran pendaftaran and yuran exam di Pejabat BSN yang terdekat. nanti dia akan bagi no pin mec untuk pendaftaran online tu. and cara mendaftar cukup lah senang. then tunggu keputusan kita akan ditempatkan dimana. sonang ke idok?????

jadi kepada mereka yang berminat untuk ambil MUET, tak kirala samada sebab nak futher atau nak saja-saja tambahkan sijil, boleh cekidot kat link yang i bagi tu. untuk sesi March nanti pendaftaran dia tak lama tau. start today till 16 Nov jek. so, don't be late!

Assalamualaikum  ^_^

Friday, July 27, 2012

Saya Amat Mencintaimu

Jane : eh, u tau tak ada cerita sam (shaheizy sam) yang baru. ‘LISA’ tajuk dia

Me : (‘LISA’? Eh, bukan ‘SAM’ ke? Owh, maybe cerita lain kot) monolog dalam hati.

Jane : sam dengan lisa surihani yang berlakon.

Me : oi! Tajuk dia ‘SAM’ la bukan ‘LISA’! suka hati u je tukar tajuk filem orang kan.


Hahahahah..itulah antara perbualan I dengan salah seorang my besties waktu makan tengahari kitorang dekat Wong Solo Kajang. Sementara tunggu makan, sempat lagi bincang isu semasa filem terbaru. Kerlas kan kami.


Jadi entry kali ni I nak war-warkan la sikit pasal cerita SAM yang bakal ditayangkan pada hari raya pertama nanti iaitu 19 Ogos 2012.

Kenapa agaknya I sibuk-sibuk nak promote nih? Dapat ‘share’ ke kalau promote? Eh, idoklah. Saja nak gitau semua orang yang I teruja nak tengok cerita ni sebab ianya adalah hasil arahan pengarah termuda Malaysia iaitu Syafiq Yusof (anak kepada Yusof Haslam, adik kepada Syamsul Yusof). High expectation? YES I DO! Tengok saje kehebatan filem-filem arahan ayah dan abang dia.

Lagi satu sebab dia ni pangkat adik-adik dengan I (18 tahun). 18 tahun dah buat duit u’olls. Sape tak teruja nak tengok hasil dia kan. So, ini adalah filem arahan pertama beliau. Sebelum ni dia banyak terlibat dengan short-film.

Eh jap jap. I sebenarnye nak cerita pasal Syafiq Yusof ke pasal filem SAM ni? (inilah akibat kalau suka membebel). Berbalik kepada tajuk asal……


SAM terlahir dari perkata Saya Amat Mencintaimu. Mungkin jugak boleh diberi erti Shaheizy Sam iaitu pelakon utama dia dan juga mungkin juga Saya Akan Menonton(memandai je aku kan). Sebuah cerita cinta-psycho-thriller. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, dan my hubby Syamsul Yusof. Itu antara watak utama la. Eh, Neelofa pun ada okeyh.

Nak buat synopsis pun tak guna sebab I belum tengok cerita ni tapi korang boleh la click mana-mana blogspot untuk dapatkan synopsis tentang cerita ni sebab blogger-blogger terkenal dah tengok cerita ni masa press preview. Jadi I yang tak berapa terkenal ni takdelah nak buat synopsis yang copy-paste.


*so here we go beberapa 'sneak peak' gambar-gambar dari filem S.A.M yang i 'saved as' dari twitter Syafiq Yusof and jemputlah jenguk-jenguk dia punye trailer kat youtube yek ^_^



S.A.M yang akan mula ditayangkan pada 19 Ogos 2012


 "say cheeseeeee" maybe itu dialog dia


"ish...cejuknya kita"


Shaheizy Sam


 Lisa Surihani


 Syamsul Yusof


Azad Jazmin


TADA!!!! ni lah director dia. SYAFIQ YUSOF



Akhir kata, selamat menonton S.A.M di pawagam berhampiran anda. Silalah teruja bersama-sama saya!

Saturday, July 21, 2012

Tips Untuk Tahan Puasa

Assalamualaikum..

Hey, Ramadhan telah tiba. Rindu suasananya. Alhamdulillah I diberi kesempatan untuk berpuasa lagi tahun ni. Anyway, lama dah rasanya I tak update blog. Semuanya kerana kekangan masa dan coverage broadband yang tidak membantu. Blurrr  -__-

Because it’s Ramadhan so I nak bagi sikit tips untuk bulan puasa ni. I takla hebat sangat kan siap nak tips-tips bagai. Tapi just untuk kongsi apa yang selalu i amalkan.

Tips untuk tahan puasa.

1.   Masa sahur tu, banyakkan minum air (tu semua orang tau) bagi mengelakkan kekeringan atau penghidratan (kulit kering, bibir kering).

2.   Banyakkan makan kurma. Semua orang tahu kurma ni manis. So dia dapat bagi kita tenaga waktu puasa nanti. Kalau nak sedap lagi (depends pada tekak masing-masing), korang boleh buat susu panas/suam lepas tu masukkan kurma yang telah dibuang bijinya kedalam susu tadi. Sedap weyh. Both good for health kan. Susu and kurma. Selain dapat tahan lapar, selain tu dapat jaga kesihatan.





3.  Jangan asyik tengok gambar makanan secara online maupun reality. Selain makhruh, perut korang pun akan cepat lapar. Ni idok, asik la post gambar-gambar makanan kat Facebook. Acane tu?

4.       Hidu bau makanan. (apa punye tips la kan) bila kita hidu, automatic kita punya deria bau yang sangat tajam waktu bulan puasa ni akan menghantar bau itu ke perut lalu menghasilkan bunyi ‘kruikkkkk kreeeekkkk’. Ha…itu petanda sangat lapar.


Tapi tips number 2 tu memang berkesan. Tak tipu. Dah dibuat uji kaji ketika ganti puasa yang lalu. I sahur makan nasi, tengahari perut I berbunyi menandakan lapar. Tapi if I sahur dengan kurma + susu pastu tambah lagi satu menu iaitu cereal, perut I tak bunyi sampai ke petang.

Last but not least…


SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA SEGALA IBADAH KITA DITERIMA

Universiti of Ramadhan Al-Mubaraq

Kemasukan Baru Ke Universiti



Tarikh : 21 Julai 2012

Nama Universiti : Universiti of Ramadhan Al-Mubarak

Course Wajib : Berpuasa

Course Special : Terawih (untuk menambahkan CGPA)

Course Tambahan : Baca Quran, Zikir, Solat Sunat, Sedekah n etc (untuk menambahkan CGPA)

Kelulusan : Ijazah Ketakwaan Kelas Pertama

Konvo : 1 Syawal 1433

  • Extra : Tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Master Course : Puasa 6

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kawan-kawan :)


Monday, April 30, 2012

Product Review : SilkyGirl Double Intense Waterproof Mascara

Hye mengkeme mengkeme semua ^_^


Today entry I adalah mengenai product review. Again, YES product review.
Kurang berminat? Sila tinggalkan entry ini ;D




Owaite, today I nak share sikit dengan korang mengenai satu produk mascara yang I pakai. Before this I pernah buat entry pasal mascara-mascara ni. So chekidot kat sini yep.




I jenis yang pakai mekap bukan 24/7 jadinya product pilihan I biasanya terdiri daripada jenis yang bukan tahan lama di muka sangat. Senang cerita, easy remove.




Sesetengah orang, mascara itu penting. Sesetengah plak takyah pakai pun takpe. Alahai jemah oi, sekadar pergi kedai depan rumah, takyah mascara la heh. Bagi I pulak, tengok mood i. kadang rajin, I apply. Kalau malas, memang tak la kan. Tapi disebabkan ianya senang untuk dicuci, I pakai la jugak kengkadang (tapi bukan untuk ke kedai runcit depan rumah). Nak kasi gorjes sikit bula mata ni kan. Kasi nampak cam kucing sikit kan. WAKAKAKA. Tak perlu okey nak mata kucing sangat.




So here we go.




SilkyGirl Double Intense Waterproof Mascara






Katanya waterproof tapi senang tanggal weyh. Guna air je dah tanggal. Takyah pakai make-up remover tu ha. Bila senang remove, takde la tercabut bula mata u’olls kan. Tapi mascara ni takla buat bulu mata korang macam Rozita Che Wan tu. Dia pun pakai bulu mata palsu kan. Macam I cakap tadi, yang ringan jek. Cukup untuk menunjukkan yang korang ada bulu mata. Hahahaha.




Bila nak remove tu, u guys just taruk air kat situ, then tarik slow-slow dari bulu mata korang. Senangkan. boleh diaplikasikan dimana-mana sahaja samada di rumah kawan ataupun surau shopping complex tanpa memerlukan 'kerja keras' serta make-up remover.




Tahan lama tak? Entahla. I tak tau nak explain sebab it depands pada penggunaan korang la kan. Macam I ni, boleh tahan setahun kot mascara i. HAHAHAHAH. Pakai pun jarang kan.




Sesetengah orang yang memang giler make-up ni, cukup 2 bulan diorang buang. Sebab kata dah tak elok. Tapi bagi I pulak, selagi dia nak lekat kat mata I, selagi mata I pun tak rosak, selagi tu la I tenyeh kat bulu mata I. lagipun mascara ada expired date ke? Nak tengok katne date dia tu? I tak tau pun.




So kepada yang nak pakai mascara yang ringan, I suggest yang ini. Sebab bila kita cuci muka nak solat ke kan, takla rasa ‘berat’ sangat nak cuci.




Tapi kan..i tak sure still available ke tak mascara ni sebab that day I carik dah takde sebab dia ada keluar yang baru. Mascara ni pun dah lama keluar. I je baru update. Hahahha.




So, selamat mencari dan mencuba.

Monday, April 16, 2012

Product Review : Rosken Skin Repair

dry skin needs skin repair

daily exposure to :
- sunlight      - air conditioning      - hot shower

causes your skin to become dry and flaky


introduce to u



ROSKEN
skin repair
the dry skin specialist


~wallah! kemain buat iklan~


jadi today, i nak buat review sikit pasal ROSKEN product. i dah pakai product ni almost 2 month gitu la. kire dah boleh buat product review kan? result ? i sangat puas hati. 100% satisfied.

quit expensive tapi kalau expensive bagi good result, rasa okay kot. jangan harga je mahal tapi result dia 'acuh tak acuh - suam-suam kuku' gitu kan.

at this time being, i dah try 2 jenis dari product ni.






1. Rosken Skin Repair : Dry Skin Cream
2. Rosken Skin Repair : Dry Skin Hydrating Lotion with Vitamin E


ait! ait! before that, i just nak inform yang i guna lotion ni dekat part-part yang memang kita nampak kekeringannya. barulah kita nampak the exact result kan. kalau krim tangan tu, i pakai product Vaseline jek. bukan je wangi, murah pulak tu. botol kecik 120ml tu boleh dapat dalam RM 3 lebih je kan. yang Rosken ni, 75ml jek dah RM 'belas-belas' gitu. korang tau 75ml itu sangat sikit okeyh. kalau pakai satu badan, sebulan pun tak cukup. sangat jauh perbezaan kemahalan dia kan. sebab tu i tak pakai satu badan. so, part-part yang 'terpilih' sahaja yang 'layak' pakai product mahal ni. muahahaha!




pernah jugak try pakai Vaseline dekat part yang 'terpilih' ni, i tengok takde beza pun. jadinya kat sini, memang part yang 'terpilih' ni perlu extra-care. MENGADE nye! (sambil hentak-hentak kaki sebab duit habis)

jadi? acane result dia? apa yang bagus sangat sampai sanggup berhabis duit ni?

"help restore lost moisture and form a protective layer that guards against further moisture loss"

- YES ! itulah sebab utamanya!


selain kembali kan kelembapan kulit, product ni juga akan memulihkan kembali kulit kita. kadang tu ada yang jenis kulit bila dah kering, dia akan kelihatan macam 'merekah' gitu. kira macam dehydrate gitu kan. macam kering tak cukup air, tak cukup lembapan gitu.

so, bila pakai product ni, kira dia perbaiki kulit kita layer by layer la. mula-mula dia akan hilangkan kering tu, lepas tu dia kasi lembapan. then repair balik skin texture tu.

just it takes time la WALAUPUN katanya, within 4 days gitu. depends pada kekeringan kulit anda-anda la ye. jangan la percaya 4 days sangat.

jadinya, pada yang ada masalah kulit kering, buleh la try this product. tengok mana yang suitable, then grab one. untuk percubaan, try la tube yang smallest dulu. yang 75ml tu.


selamat mencuba ^_^



nota kaki : beza dua tiub yang i pakai tu just pada texture dia. yang ada vitamin E tu rasa macam lebih pekat. itu sahaja. any product under ROSKEN boleh la cekidot this ROSKEN Website.