FAKTA !
Korang pernah dengar statement ni tak? confirm tak sebab I yang cipta. (^_^)
Ini bukan cakap kosong ye. It based on fact and experience.
(wah...cam bagus nau kau kan alia.teheheheh)
I mula make-up make-up ni start I masuk sem 4 masa I belajar kat Poli dulu. Ada satu lecturer lelaki ni kata 'If saya tengok muka korang tak bermake-up langsung, muka macam mayat hidup....korang tak payah attend kelas saya !' -----> nak mampus kau tak attend...subjek penting kot. Nak taknak, masing-masing mula la ke watson ke guardian cari blusher, lipstick, mascara, eyeliner dan sebagainya.
I pulak, cam biase..make up simple nak mampus sebab tak reti nak make-up waktu tu. Satu lagi sebab make-up menyebabkan anda akan membuang masa terlalu lama di depan cermin hanya gara-gara tak reti nak apply eyeliner dekat your eyelid. Pastu member semua dok pakat tinggalkan kita sorang-sorang sebab lembab. Hahahhaha...---> I la tu.
Zaman tu I just apply compact powder, eyeliner (orang pakaikan) dan lipbalm. Sekurang-kurangnya takla nampak macam mayat hidup kan.
(ini time dolu-dolu. tengok tengok. muka make-up ke tak same je.heheheh)
Tapi bila dah meningkat dewasa, dah kerja pun, dah mampu beli itu ini, I beli la mascara. Alhamdulillah, I dikurniakan bulu mata yang agak panjang. Jadi, memang I tak pernah pakai bulu mata palsu untuk apa-apa function yang I attend (eh, bunyi macam riak pulak..astaghfirullahalazim)
(okeyh, ini bukan mata I. thanks kepada encik google buat gambar mata yang menawan ini)
Korang tau tak mascara tu hape? Jangan cakap tak tahu. Memang nak mintak pelempang la kalau tak tahu. Tapi kalau lelaki, masih boleh diterima sebab dorang kan tak pakai mascara *eh, tapi ade je kot yang pakai - okeyh, yang itu tidak dikira ye*
Bila nak beli mascara, almost woman akan cari yang waterproff punya kan. Yela, sat lagi kene air sikit kene peluh sikit - meleleh...tak pasal-pasal kau jadi macam 'pontianak harum sundal siang' kan. Jadi, nak bagi dia stay, korang-korang mesti cari yang tahan lama and boleh stay kat bulu mata korang dalam jangka masa yang lama.
Jadi, alkisahnya...satu hari tu I belilah satu jenis mascara ni yang memang waterproff and tahan lama. Yang penting, 'mata anda akan kelihatan seperti kucing' ----> KATANYA. Tapi memangla, bila I pakai, bulu mata I siap boleh terlanggar-langgar dengan cermin mata yang I pakai sebab panjang sangat. Sebab bulu mata berlanggar dengan cermin mata tu tak jadi hal sangat sebab I pakai mascara apa pun mesti jadi camtu. Yang menjadi hal-nya, bila I balik nak cuci make-up, BETAPA SUSAH YA AMPUN korang tau nak removed mascara tu. I rasa ada gakla tercabut 1-2 bulu mata I. Lepas tu I dah jarang pakai sebab bayangkan kalau kita nak pi solat semua...berapa kali korang apply berapa kali korang removed and berapa banyak bulu mata korang tercabut untuk sehari. Jadi, kalau mascara jenis yang itu, seelok-eloknya pakaila ketika anda ingin menghadiri function yang agak grand. Kalau setakat pegi office nak pakai mascara camtu, tak payah la kak timah oi.*pegi ofis perlu ke pakai mascara? tak pakai pun xpe kot. i relax je tak pakai. hehehehehe. jadi pada yang tak pakai tu janganlah anda merasa rendah diri. pada yang nak pakai pun, takde masalah sebab takde pekeliling tentang larangan pemakaian mascara di ofis ye*
Jadi, I beli la mascara yang x brape waterproff (dia still tulis waterproff tapi kalau kene air, meleleh gak - acane tu?). Kira kalau I cuci muka, pastu I tak bilas bersih-bersih, I akan jadi 'pontianak harum sundal siang' la. Sekurang-kurangnya, tak la banyak sangat bulu mata I tercabut. I sayang bulu mata I tau.
So, apa yang I cakap ni adalah based on my experiance la. Tak tahu la kalau I ni je yang ganas bila nak cuci mascara sampai tercabut bagai. Sebab walaupun I tenyeh dengan krim atau minyak yang khas tok removed waterproff mascara, still tak jalan. I perasaan bulu mata I macam dah kurang sikit. Hurmmm....Tapi yang pasti I lebih prefer mascara yang tak berapa nak waterproff untuk daily-used.
*p/s : sampai sekarang I tak reti nak pakai eyeliner..hahahah..what the heck kan..
wa...org sendiri pakai mascara yang bese2 jek....asalkan boley tanggal...hehe....org plak balajar mak uo time org stat keje kat cnie tau..haha...
ReplyDeletewajah normal kan lagi cantik dr wajah tiruan(make up?
ReplyDeletesbb nak bergaya la blh jd mcm2 kan..baik biar Ori ja..haha
inaz : alia kene start dari poli sbb alia kn kos setiausaha...salah satu subjek is grooming
ReplyDeletewan : betul2...sangat2 setuju...