Assalamualaikum semua
Tengok tajuk! Macam budak-budak sekolah buat karangan pasal telefon pulak.
Hari ini I nak cerita pasal handphone aka telefon bimbit. I nak cerita mengenai telefon yang I pernah pakai sejak dari I umur 14 tahun sehingga la I umur 22 tahun ni.
Budak-budak zaman sekarang ni kalau kita tengok, sekolah rendah lagi dah pakai Blackberry. Rasa tercabar pun ada kadang-kadang sebab I yang dah hidup selama 22 tahun ni pun tak mampu apelagi diorang yang baru hidup 11-12 tahun. Memang agak jealous la tengok diorang kan. Hahahah...Tapi kalau ikot logik pun kan, zaman kita dulu mana ada Blackberry. Kalau ada, confirm I dah pakai (ayat nak sedapkan hati nih). (^_^).
Jadi jangan buang masa, let's check-it-out phone-phone yang I pernah pakai sepanjang hidup I ni.
ALCATEL
Okeyh, jangan ketawa ye. I tahu telefon I memang sangat comel. Bahahaha. Actually, ni bukan exactly picture dia sebab I pun dah tak berapa ingat rupa dia. Yang pasti rupa dia kecil pastu warna biru. Then dia takde function gambar ke bluetooth ke infrared ke. Lebih kurang macam telefon kat atas ni la.
I dapat ni masa I Form 2 kot kalau I tak silap. Waktu tu I duduk asrama, jadi senang la kalau ada apa-apa kan. Tapi phone ni bukan pakai sangat pun just nak show-off kat kawan-kawan yang waktu tu kita ada phone. Haahaha. Perangai memang tak boleh blah doh dak Alia ni. Pastu waktu tu kita tak ada duit nak beli prepaid. Nak beli gula-gula 20 sen pun nak mintak mak duit apalagi nak beli prepaid RM 10. Kasihan kasihan~~
MOTOROLA L7
Kali ni dia dah up sikit. Screen dah warna-warna. Dah ada function gambar dengan infrared. Hahahhaha. Dulu kalau tak silap I, phone ni agak popular jugak la. Jadi siapa yang pakai phone ni kira bangga sikit la sebab kalau ada incoming call, macam-macam lagu keluar. Tak la standard mono-tone tu. Bangga tak bangga waktu tu kan. Teheehheeh...
SONY ERICCSSON W200
Wah...waktu ni dah pandai pakai Sony Ericcsson. Comelkan phone ni. Sebab dia kecil. Just gambar dia tak berapa bagus. Tapi sounds dia ok sebab spesifikasi dia memang lebih kepada walkman (W).
NOKIA SABUN
I tak ingat dia series apa tapi yang pasti orang panggil dia sabun waktu tu sebab bentuk dia macam sabun. Tapi jodoh I dengan phone ni tak lama. Sekejap sangat. I pun tak ingat berapa lama. Tak lama lepas I beli phone ni, sabun I ni hilang waktu I pegi masuk rumah hantu dekat Bukit Merah Laketown Resort. Sangat sedih u'olls. Tapi apa boleh buat. Dah takde jodoh kan.
SONY ERICCSSON K800i
Ni la buah hati pengarang jantung I selepas pemergian Nokia Sabun I. Bagi I, dia complete. Sounds dia okay. Gambar dia pun TOP. Video pun sangat clear. I puas hati sangat-sangat. Tapi, tak lama lepas tu dia buat hal. Software problem katanya, jadi I pun amik keputusan untuk cari yang lain sebab untuk repair software dia je boleh sampai RM 200 - RM 300.
SONY ERICCSSON K550i
Yang ni jodoh I paling lama. Dekat 2 tahun jugak la. Walau pun I selalu merungut sebab phone ni kualiti video dia tak best, tapi phone dia okay. Last-last I jual phone ni sebab dah mula rasa bosan. Sebenarnya sayang nak jual sebab dia tak rosak apa-apa, tapi nak tunggu rosak tu, I tak tahu la bila. I dah pakai 2 tahun tapi condition dia macam I baru pakai 2 bulan. Teror tak teror I jaga dia kan.
NOKIA E71
Waktu ni Blackberry dah mula keluar. Hajat dihati nak try Blackberry tapi sebab tak mampu I beli Nokia ni je. Rupa dia dah nak sama, function je yang lain. Heheheh. Setiap kali pegang, rasa macam pegang Blackberry la pastu bangga sorang-sorang. Hahahah. Tapi seperti biasa, apa yang I perasan, I memang tak ngam dengan Nokia. First Nokia I beli - hilang kat rumah hantu. Yang second ni pulak, sebulan I pakai, software problem. Ntah hape yang I godek pun I tak tahu. Dia still under-waranty sebab baru sebulan kan, tapi sebab I rasa I tak suka dengan Nokia dan maybe sebab I dah terbiasa dengan Sony, jadi I tolak Nokia ni dan akhirnya I kembali ke pangkuan Sony.
SONY ERICSSON YARI
So, this is my latest phone. Mr Yari. Nak beli Xperia tak mampu jadi beli Yari jela. Hahahha. Seperti biasa, kualiti gambar memang memuaskan sebab dia punya resolution 5.00 mega pixels. Sounds dia pun memang no-doubt. Jadi I memang puas hati bila dapat balik ke pangkuan Sony. Function dia pun I dah biasa, so harap-harap jodoh I dengan Mr Yari ni lama sikit la kot. Tapi kadang-kadang rindu gak kat N71 sebab feeling nak pakai Blackberry tu masih ada. Insyallah, ada rezeki nanti dapat la kot ek. Aminn...;p
p/s:
* cita-cita untuk memakai Blackberry masih ada. Bila la boleh dapat ni..hurmmm..
(bila la engkau akan menjadi milikku)
hu3..alia, aku lak teringin nak pakai blueberry...adik badik strawberi...hik3....yg aku igat hp putih ko tu ms zmn poli dulu..he3
ReplyDeleteowh, ade ek blueberry?? nak try gak ar..hahhaha...tepon tu aku mmg beli time poli kot kalau x silap...bangge seyh waktu tu aku tunjuk kt korang yg aku beli phone baru..hahahha...;p
ReplyDelete