My Life, My Story

My Life, My Story

Thursday, December 9, 2010

Sinetron Bukan Diriku

Assalamualaikum semua

Kembali lagi kite. Hehehehe…Baru dapat info dari @tasha aimluvs yang sinetron Bukan Diriku akan ditayangkan just around the corner je. Tak sabar weyh. Confirm tiap-tiap hari I balik awal. Tak ada istilah merayap. Eh, pada yang tak baca entry sebelum ni, let me tell you here. 

I ADALAH PEMINAT BAIM WONG. JADI TOLONG JANGAN PELIK KALAU DALAM ENTRY-ENTRY I LEPAS NI AKAN BANYAK MUNCUL NAMA BAIM WONG. HEHEHEH…DAN SEPERTI BIASA..SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMINATI BAIM WONG, SILA ABAIKAN ENTRY INI. TAPI KALAU AGAK2 NAK BACE JUGAK, THEN TRY TENGOK SINET DIA NANTI – MANE TAU BOLEH TERSUKA DENGAN BAIM, ANDA ADALAH DIALU-ALUKAN DAN DIPERSILAKAN.


(baim says : thanks to #kentuters for supporting me! tehehehe..)


Okeyh, back to the topic.
Jadi I ingat nak buat sedikit sinopsis mengenai sinetron ni. Sikit je ke? Macam banyak jek. Heheheh…Anyway, Sinet ini akan ditayangkan mulai 21 Disember 2010 bagi menggantikan Cinta Kirana di Astro Ria (again, thanks to @tasha aimluvs for the info). So, don’t forget to put the date in your diary, in your mind, in your head atau dimana-mana je yang patut korang letak yang korang rasa boleh remind korang. Pada yang minat Baim Wong, takyah dah diary ke hape ke…memang dah terpahat dihati dan sanubari..Bahahahaha…


A lil' briefing here :


Bukan Diriku adalah kisah sepasang kekasih iaitu Ryo (Baim Wong) dan Ayla (Ririn Dwi Aryanti) yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Ryo merupakan seorang yang sangat kuat bekerja – kira macam workaholic la. Selain itu Ryo juga merupakan seorang yang sangat susah untuk mengungkapkan / meluahkan perasaannya walaupun terhadap Ayla sendiri sehinggakan Ayla sering menganggap bahawa Ryo tidak betul2 mencintai dirinya (I’ve been in that situation before - sangat tidak suka okeyh. Tak gentle lelaki begitu).



(Baim Wong aka Ryo)


Akhirnya Ayla mula rasa give-up dengan sikap Ryo dan telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut.  Waktu ni baru la Ryo mula panic dan cuba sekali lagi untuk menambat hati Ayla sebab hakikatnya memang Ryo masih cinta dan sayang pada Ayla.

Waktu birthday Ayla, Ryo mengambil keputusan untuk membuat kejutan dengan membelikan Ayla sebentuk cincin. Pada mulanya Ayla refused nak pergi jumpa Ryo, tapi bila kawan pejabat dia Marina bagitau yang Ryo dah prepared semuanya dari awal, jadi Ayla pun pergila ketempat yang telah dijanjikan.


(Ririn Dwi Aryanti aka Ayla)


Waktu Ayla nak melintas jalan, ada sebuah kereta hampir-hampir melanggar Ayla. Ryo yang melihat kejadian itu sempat menolak Ayla ketepi dan akhirnya Ryo yang dilanggar kereta itu (inilah scene yang I nanti-nantikan. Looks real. Confirm I nangis tengok scene ni nanti). Kenapa nangis? Sebab Ryo aka my Baim Wong mati la weyh…huhuhu…=( 

Rupanya-rupanya, orang yang melanggar Ryo adalah anak pemilik syarikat pengiklanan tempat mereka bekerja iaitu Ariel (Bertrand). Jadi, Ryo mengambil keputusan untuk ‘duduk’ di dalam badan Ariel supaya die boleh sentiasa mendekati Ayla kerana dia masih belum sempat untuk mengungkapkan rasa cinta dia pada Ayla. Jadi dengan cara ini, Ryo menganggap dia boleh sentiasa berada dis isi Ayla.

*korang faham tak definisi ‘duduk’ tu? Dia macam roh dia meresap dalam badan orang lain. Ni bukan cerita hantu okey..hehehehe..tapi lebih kurang macam tu la maksud dia. Camne I nak explain I pun tak sure la. Tapi rasa-rasanya korang mesti paham punya.


(Bertrand Antolin aka Ariel)


Ariel ni pulak seorang yang sangat mementingkan diri sendiri - buat sesuatu hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan orang sekeliling. Selain itu, Ariel ni dah ada tunang, Livi – anak kepada BOS BESAR syarikat pengiklanan tersebut. Walaupun dia dah tunang dengan Livi, but still si Ariel ni ada affair dengan Marina – kawan pejabat Ayla.

Jadi, semua bende-bende ni dah menimbulkan masalah pada Ryo sebab Ryo kan duduk dalam badan Ariel. Jadi apa yang terjadi pada Ariel, ianya terjadi pada Ryo jugak. So, agak-agak macam mana dia nak mendekati Ayla kalau Ayla sendiri cukup benci dengan Ariel ditambah pulak dengan perangai Ariel yang macam hape tu.

Dalam pada itu, Ariel/Ryo telah memutuskan pertunangannya dengan Livi sebab tak sanggup untuk terus hidup dengan Livi padahal dia sayang pada Ayla. Livi kecewa – then bunuh diri. Ayah Livi sikit punya marah dengan Ariel/Ryo dan amik keputusan untuk musnahkan hidup Ariel. Memusnahkan hidup Ariel same je memusnahkan hidup Ryo. So, sekarang ni kira Ryo dalam dilema la.

Jadinya sekarang, si Ryo menyesal sangat sebab tak sempat nak luahkan perasaan dia kat Ayla (to all the guys, jangan ikot perangai Ryo ye..heheheh..)


* i’m wondering...disebabkan Ryo ‘duduk’ dalam badan Ariel, adakah kita akan lebih tengok performance Bertrand lebih dari tengok performance Baim? sebab Baim kan just tumpang badan Bertrand. if that’s happen, memang agak sedikit keciwa la.

Jadi apakah kesudahannya? Just wait n see. Kene la tengok nanti bila dia tayang nanti…Kalau tak, tak suspen la nanti kan..So, again…Jangan lupa saksikan Sinetron Bukan Diriku di Astro Ria channel 104 setiap hari Isnin – Jumaat jam 6.30 pm mulai 21 Disember 2010 nanti ye….


HAPPY WATCHING GUYS!

No comments:

Post a Comment