My Life, My Story

My Life, My Story

Tuesday, December 28, 2010

Laser Jadi Trending Topic ar weyh !



Popular En Laser sekarang. Jadi Trending Topic kat Twitter tau. 
Publisiti murahan tol la kau En Laser.



Hai semua. Assalamualaikum



Cerita hangat sekarang ni kalau bukan pasal bola atau pasal En Laser apa lagi kan. Satu dunia gempak nih. Trending Topic bagai (jujur saya rasa sangat sakit hati baca TT tersebut). Camne tak TT kan kalau kat Twitter tu penuh dengan pengguna 'pencipta TT' itu. Hahahaha.











Ape pun, saya sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga di atas pencapaian kalian !!!!
(kalian refer kepada pemain bolasepak Malaysia ye bukan pencipta TT)


Wah wah wah. Qasehliya buat post pasal BOLA la weyh. Sungguh tidak mempercayainya. 


Jujur I mengaku kat sini, I ni tak la patriotik sangat apatah lagi kalau soal-soal bola ni. Tapi untuk kali ini, isu laser ni agak menarik perhatian BETA ye. Apatah lagi isu pasal 'bot dan perairan untuk tangkap ikan' tu baru je reda. Tak campur lagi isu 'halau-menghalau'. Benda kecil - diperbesarkan. Benda yang belum tentu betul kesahihannya - dicanang bagai nak rak. Benda yang betul ?



Tapi, bagi I la kan...(okay, this is just my opinion)



Kita sebagai rakyat Malaysia, tak perlu la nak membalas balik perbuatan meraka tu. Tak payah la nak cipta Trending Topic supaya satu dunia tahu. Tanpa Trending Topic, satu dunia dah tahu negara Malaysia ni macam mana. Kalau sekadar nak based pada Trending Topic, ada buktikah anda ?

Biarlah mereka nak halau rakyat Malaysia - kita mengalu-alukan meraka. Ada pihak pulak siap boleh tolong nak menukar status 'pendatang tanpa izin' kepada status 'pendatang dengan izin'. 

Biarlah meraka nak suruh / paksa rakyat diorang balik - kita sendiri tak pernah suruh / paksa diorang meninggalkan kita. Malahan diorang yang tak nak balik. Apa cer ?

Biarlah diorang nak mengamuk mengatakan rakyat diorang kat sini didera atau sebagainya - kita disini siap boleh naikkan gaji diorang.

Biarlah diorang kata keselamatan rakyat diorang kat sini tak terjamin - tapi pada dasarnya keselamatan kita kot yang tak terjamin. Perempuan nak keluar sorang-sorang pun takut weyh.

Biarlah dia nak kata kita negara 'maling' ke 'sial' ke apa kan (dorang ni memang pandai cipta nama la - saya sangat kagum akan kebolehan meraka) - yang pastinya Dunia sendiri dapat membezakan antara kata-kata yang mana boleh dipercayai ataupun tidak. Dunia boleh lihat sendiri perbezaan yang agak besar diantara dua negara ini.

Biarlah diorang cakap kita menipu dengan menggunakan laser - padahal mereka sendiri yang mengajar kita menggunakan laser tersebut. Tapi takde pulak Trending Topic waktu tu sebab kita tau perkara itu hanya hal yang kecil. Kira macam isu budak-budak.

Biarlah diorang nak kutuk-kutuk negara lain atas kesilapan sendiri - kita sendiri bila jadi apa-apa sentiasa muhasabah diri dan cuba memperbaiki kesilapan itu. Jangan kutuk negara lain. Paling-paling kalau kita kalah pun yang kena bambu tu player Malaysia la, FAM la, Kementerian Sukan la (itu la namanya muhasabah diri.hahahaha). Takde kot kita petik nama orang luar atau negara luar bila kita kalah.

Biarlah diorang nak cakap kita pakai dukun segala - walaupun kita rasa macam tak logik je.


Memang la kita tak boleh nak biarkan meraka bermaharajalela mengutuk dan mencaci negara kita, tapi janganlah kita membalas perbuatan mereka dengan perbuatan-perbuatan yang boleh memalukan diri kita sendiri sekaligus menampakkan kebodohan diri seperti membuka pekung di dada.


I akui ada banyak blog yang mencaci rakyat mereka (I ada terbaca semalam. memang blog ni kaw-kaw dia hentam Indonesia. memang 100% I tak setuju untuk yang satu ini) - bagi I memang tak patut kerana itu menandakan anda takda benda yang lagi bagus nak buat. Asik dok hentam orang, tapi diri sendiri pun tak maju mana pun. Dari korang kutuk-kutuk diorang, baik korang habiskan masa tulis article meng'support' negara sendiri.


Apa-apa pun, kepada pemain Malaysia...semoga dapat mengekalkan rentak permainan dan memperoleh kejayaan.


Kepada penyokong Indonesia, I salute dengan korang sebab semangat korang memang tak boleh challenge dengan semangat penyokong negara lain. Haritu masa match pun takde perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Mungkin mereka sudah terdidik dengan nilai-nilai murni rakyat Malaysia. 

Menang - kalah adat bertanding. Biasala tu...


Apa pun, GOOD LUCK KEPADA BOTH TEAM.
CHAIYOK-CHAIYOK !





* Orang yang berkata-kata sambil dipengaruhi oleh emosi adalah orang yang BODOH ! Jadi, berfikirlah dulu sebelum berkata-kata sekiranya anda tidak mahu digelar BODOH ! *

No comments:

Post a Comment