My Life, My Story

My Life, My Story

Friday, July 27, 2012

Saya Amat Mencintaimu

Jane : eh, u tau tak ada cerita sam (shaheizy sam) yang baru. ‘LISA’ tajuk dia

Me : (‘LISA’? Eh, bukan ‘SAM’ ke? Owh, maybe cerita lain kot) monolog dalam hati.

Jane : sam dengan lisa surihani yang berlakon.

Me : oi! Tajuk dia ‘SAM’ la bukan ‘LISA’! suka hati u je tukar tajuk filem orang kan.


Hahahahah..itulah antara perbualan I dengan salah seorang my besties waktu makan tengahari kitorang dekat Wong Solo Kajang. Sementara tunggu makan, sempat lagi bincang isu semasa filem terbaru. Kerlas kan kami.


Jadi entry kali ni I nak war-warkan la sikit pasal cerita SAM yang bakal ditayangkan pada hari raya pertama nanti iaitu 19 Ogos 2012.

Kenapa agaknya I sibuk-sibuk nak promote nih? Dapat ‘share’ ke kalau promote? Eh, idoklah. Saja nak gitau semua orang yang I teruja nak tengok cerita ni sebab ianya adalah hasil arahan pengarah termuda Malaysia iaitu Syafiq Yusof (anak kepada Yusof Haslam, adik kepada Syamsul Yusof). High expectation? YES I DO! Tengok saje kehebatan filem-filem arahan ayah dan abang dia.

Lagi satu sebab dia ni pangkat adik-adik dengan I (18 tahun). 18 tahun dah buat duit u’olls. Sape tak teruja nak tengok hasil dia kan. So, ini adalah filem arahan pertama beliau. Sebelum ni dia banyak terlibat dengan short-film.

Eh jap jap. I sebenarnye nak cerita pasal Syafiq Yusof ke pasal filem SAM ni? (inilah akibat kalau suka membebel). Berbalik kepada tajuk asal……


SAM terlahir dari perkata Saya Amat Mencintaimu. Mungkin jugak boleh diberi erti Shaheizy Sam iaitu pelakon utama dia dan juga mungkin juga Saya Akan Menonton(memandai je aku kan). Sebuah cerita cinta-psycho-thriller. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, dan my hubby Syamsul Yusof. Itu antara watak utama la. Eh, Neelofa pun ada okeyh.

Nak buat synopsis pun tak guna sebab I belum tengok cerita ni tapi korang boleh la click mana-mana blogspot untuk dapatkan synopsis tentang cerita ni sebab blogger-blogger terkenal dah tengok cerita ni masa press preview. Jadi I yang tak berapa terkenal ni takdelah nak buat synopsis yang copy-paste.


*so here we go beberapa 'sneak peak' gambar-gambar dari filem S.A.M yang i 'saved as' dari twitter Syafiq Yusof and jemputlah jenguk-jenguk dia punye trailer kat youtube yek ^_^



S.A.M yang akan mula ditayangkan pada 19 Ogos 2012


 "say cheeseeeee" maybe itu dialog dia


"ish...cejuknya kita"


Shaheizy Sam


 Lisa Surihani


 Syamsul Yusof


Azad Jazmin


TADA!!!! ni lah director dia. SYAFIQ YUSOF



Akhir kata, selamat menonton S.A.M di pawagam berhampiran anda. Silalah teruja bersama-sama saya!

No comments:

Post a Comment