Assalamualaikum..
Hey, Ramadhan telah tiba. Rindu suasananya. Alhamdulillah I diberi kesempatan untuk berpuasa lagi tahun ni. Anyway, lama dah rasanya I tak update blog. Semuanya kerana kekangan masa dan coverage broadband yang tidak membantu. Blurrr -__-
Because it’s Ramadhan so I nak bagi sikit tips untuk bulan puasa ni. I takla hebat sangat kan siap nak tips-tips bagai. Tapi just untuk kongsi apa yang selalu i amalkan.
Tips untuk tahan puasa.
1. Masa sahur tu, banyakkan minum air (tu semua orang tau) bagi mengelakkan kekeringan atau penghidratan (kulit kering, bibir kering).
2. Banyakkan makan kurma. Semua orang tahu kurma ni manis. So dia dapat bagi kita tenaga waktu puasa nanti. Kalau nak sedap lagi (depends pada tekak masing-masing), korang boleh buat susu panas/suam lepas tu masukkan kurma yang telah dibuang bijinya kedalam susu tadi. Sedap weyh. Both good for health kan. Susu and kurma. Selain dapat tahan lapar, selain tu dapat jaga kesihatan.
3. Jangan asyik tengok gambar makanan secara online maupun reality. Selain makhruh, perut korang pun akan cepat lapar. Ni idok, asik la post gambar-gambar makanan kat Facebook. Acane tu?
4. Hidu bau makanan. (apa punye tips la kan) bila kita hidu, automatic kita punya deria bau yang sangat tajam waktu bulan puasa ni akan menghantar bau itu ke perut lalu menghasilkan bunyi ‘kruikkkkk kreeeekkkk’. Ha…itu petanda sangat lapar.
Tapi tips number 2 tu memang berkesan. Tak tipu. Dah dibuat uji kaji ketika ganti puasa yang lalu. I sahur makan nasi, tengahari perut I berbunyi menandakan lapar. Tapi if I sahur dengan kurma + susu pastu tambah lagi satu menu iaitu cereal, perut I tak bunyi sampai ke petang.
Last but not least…
SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA SEGALA IBADAH KITA DITERIMA
No comments:
Post a Comment