My Life, My Story

My Life, My Story

Tuesday, January 8, 2013

'New Year' Resolution

Assalamualaikum...

Lama tak update kan (like people care kamu update ke idok?) hahahha. Selalu alasan tak update sebab sibuk dengan kerja hakiki. Balik rumah pulak broadband dah lebih quote maupun line macam dalam gua. Sekarang dah ada UniFi pun tak update jugak. Maksudnya malas ataupun hidup i takde yang menarik. Jadi takde cerita. Hahahaha.

Macam tajuk kat atas tu, tujuan i update ni pun sebab esok adalah 'my new year'. Orang lain dah 8 hari berlalu New Year nya, ekau baru nak New Year. Setiap tahun baru buat i adalah tahun yang baru juga buat umur i (oh, i cakap putar-putar). I mean, setiap awal tahun baru i akan celebrate my birthday sebab birthday i on January. Jadi automatiknya, usia akan bertambah setiap awal tahun. Sesetengah orang hujung tahun or mid year ke kan. I bukak calendar baru, umur pun berubah.

Di umur yang rasanya boleh digelar 'dewasa' ni, tak banyak yang i nak. Cuma inginkan semoga amal i lebih banyak dari dosa i. I bukan insan sempurna. Sampai masanya i akan balik kepada Dia. I harap i boleh jadi lebih istiqomah atas jalanNya kerana itu yang paling susah sebenarnya. I yakin if i dekat dengan Dia, Insha Allah, segala hajat atau keinginan i selepas tu akan lebih mudah.

Ada diantara kawan-kawan i yang diusia i sekarang dah ada suami, anak dan keluarga sendiri. Tipu tak rasa tertekan. Sometimes ada. Tapi i ambil dari sisi positif nya. Ramai lagi orang kat luar sana yang usianya dah lebih banyak tapi belum bertemu pasangan. Semua tu ada sebab. Lagipun jodoh tu rahsia Allah. Tak payah la susahkan hati. Jadi urusan seperti itu, kita serahkan pada Dia sebab sejak kita dalam perut dah tercatit semua tu :) Dan i rasa rezeki i ada pada benda lain. Contohnya dari segi financial atau pun asset. But don't have to brag la sebab itu pun dari Dia. Jadi i fikir, rezeki orang lain begini jalannya dan rezeki i pulak begini ceritanya. So no worries :)

Selain tu, takkan fikir soal jodoh/kahwin je kan. Macam takde 'goal' lain pulak kan. Of cos ada. Mungkin ini masanya untuk i sambung belajar. Alhamdulillah i dapat panggilan untuk ambil exam MUET this February (wish me luck). I guess one step closer. Insha Allah, ada rezeki melangkah la i ke IPTA sekali lagi. Serious i dah rindu nak bukak buku, buat note, masuk kelas. Tapi exam dengan ujian tak berapa nak rindu. Ihiiiii :)

Other than that, nak jaga kesihatan sebaik yang boleh (yela, usia dah meningkatkan), nak buang sikap 'laziness' tu kan and etc. Tapi yang i pelik, semakin meningkat usia ni, makin obsessed pulak i dengan cute stuff. Macam Hello Kitty gitu. Hellow. Umur dah terbalik gamaknya. Aneh! Tapi benar :)

And last but not least, Insya Allah dengan izinNya. Semoga diusia yang mendatang ini akan lebih berkat lagi umurnya. Till then. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment