My Life, My Story

My Life, My Story

Sunday, January 23, 2011

Itinerary SI JOHNNY'S yang KHURAFAT !





*tenenet* (incoming mesej)

chenta : xmaw tengok wayang kew?
me : mau jgk tp cam 'm' je..nk tgk ktne?
chenta : jusco blakong je..sy dr cheras br sampe umah..bowink lak kt umah sane
me : sy siap2 jap eh..
chenta : bereh..=)


terus siap-siap walaupun waktu tu rasa badan macam nak demam tapi ku gagahi juga sebab dah lama tak tengok wayang


2.45 - gerak pergi umah chenta -  pick-up chenta - hantar 'bakery' kat aril - isi minyak - terus zuppppp pergi jusco


3.45 - beli tiket. kami tengok KHURAFAT !!!!!! - tengok jam *owh, baru pukul 4.00. makan dulu yuk!* (tiket pukul 5.10)


pusing-pusing jap, pikir nak makan kat mana..ingat nak makan dekat asian bistro tapi sebab dah pernah test, tengok restoran sebelah pulak - RESTORAN JOHHNY'S. 



(courtesy : google)



4.00 - tunggu order. we choose steamboat for 2 person sebab i tengok menu list dia macam tak berapa nak best. play save - pilih steamboat. makan + pung pang pung pang (borak-borak) sampai jam 5.05



(ni bukan for 2 ye. ni contoh serving dia sahaja)




(courtesy : google)


5.11 - jalan gi cinema balik. sambil jalan, snap-snap picture sebab chenta tengah excited dapat pegang DSLR aril. semua gambar dia nak amik =D


5.15 - duduk dalam cinema - start KHURAFAT - terkejut, jerit-jerit, tutup muka, tahan sejuk






6.40 - KHURAFAT habis. terus balik. keluar jusco, hujan tengah lebat giler. drive hantar chenta balik umah.


7.45 - akhirnya sampai umah.



p/s : i bagi KHURAFAT 3/5 - boleh tahan la. nak kata takut tu pun boleh tahan tapi disebabkan i banyak tutup muka, jadi tak berapa nak feeling. LJ tak sesuai jadi isteri shamsul sebab LJ kan comel. nampak macam adik shamsul...(^_^)



Saturday, January 22, 2011

Diet / Pemakanan Terbaik



assalamualaikum semua (^_^)


post kali ni I nak cite sikit pasal diet sempurna. actually kalau tanye pada I, I memang tak pernah diet. kalau tak dapat nasi 2 hari dah rasa lemah. mood pun boleh jadi unstable. jadi dalam kamus hidup I memang takde istilah diet. bagi i untuk bagi i active adalah dengan mengisi perut tapi kalau terlebih isi boleh menyebabkan 'kengantukan' pulak. jadi pandai-pandaila buget isi perut anda. theheheheheh.






diet ni bagus sebenarnya tapi make-sure diet itu dalam cara yang betul. biar kite kurus, tapi still sehat. selain penjagaan makanan yang teratur, senaman pun penting. jangan kita diet bukan main lagi, tapi bila perut kita starving, kita abaikan je. tak betul tu.


so, kat sini I nak share sikit cara pemakanan yang betul. sebenarnya tip-tip kat bawah ni merupakan diet yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. bukan untuk orang yang nak diet sahaja tapi untuk orang yang ingin mengamalkan pemakanan yang sempurna.
p/s : Rasulullah S.A.W tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya tau sebab pandai jaga pemakanan seharian baginda.


1. JENIS MAKANAN

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL




2. CARA MAKAN

  • jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • jangan sesekali tinggal makan malam. siapa yang tinggalkan makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
  • Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Pengaruhnya bukan sekarang tapi dia akan effect bila kita tua nanti. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu sebab nanti senang dapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.



Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)



jadi kepada kawan-kawan i yang tengah mengamalkan diet dan terasa macam nak atur balik pemakanan biar lagi stabil, boleh la go through tips-tips yang i dah statedkan kat atas ni ye (^_^)


akhir kata


SELAMAT BERDIET =D



Blogspot vs Wordpress




today, boleh dikatakan sehari suntuk i habiskan masa i untuk discover pasal wordpress. another medium untuk berblogging. apa kelebihan - kekurangan dia. then apa beza dia dengan blogspot. 


i ni pun tak tahu nape i ni susah sangat nak puas hati dengan apa yang i buat. macam entry sebelum-sebelum ni i ada cerita yang i ni perfectionist. itulah masalahnya kot. ada je tak kena i tengok dekat blog i ni. kalau boleh hari-hari i nak tukar layout/theme ni sebab i bosan.






then, lepas i dah godek-godek wordpress, i sign-up then try untuk buat entry. kira try and error la. bagi i, wordpress ni best gak. i suka theme ready-made dia. semua cantik dan smart. tapi i pulak macam lembap sikit nak paham application dia. it takes time jugak la untuk kita master sesuatu apatah lagi kalau kita baru belajar kan. sama masa i mula-mula register blogspot dulu. ni dah beberapa bulan pakai blogspot pun still belum master. 


apa-apa pun kita kena be patient sikit bila belajar sesuatu. tak boleh nak cepat je dapat hasil dia. and now i'm training myself to be more patient in every little thing i do.


jadi, entry kali ni bukannya nak bercerita mengenai wordpress tapi just nak cerita yang keadaan i sekarang ni yang tak satisfied dengan blog i sendiri - (blog syok sendiri)


sekian, terima kasih


oh, anyway, if i'm not mistaken kalau lama-lama kita pakai wordpress kita kena bayar untuk dia punya space usage. is it right? jadi pada sesiapa yang ada pengalaman atau any info pasal wordpress ni, meh la kita share-share. i ni budak baru belajar, kalau salah tolongla tunjuk-tunjukkan biar i expert macam korang jugak. heheheheh

Thursday, January 20, 2011

Promo Kejora dan Bintang




pada 12 january yang lalu, as I mentioned before, I and all the aimluvs ada tengok opening untuk Sinetron Kejora dan Bintang (KDB) lakonan Baim Wong dan Alyssa Soebandono. ------à urgh ! Baim Wong lagi ! ups ! sorry sorry. I should start with :


ENTRY KALI INI SEKALI LAGI BERKISAR MENGENAI BAIM WONG AND HIS SINET. KEPADA SESIAPA YANG TIDAK BERMINAT PADA BAIM WONG, SILA ABAIKAN ENTRY PADA KALI INI.


okeyh, baru leh start cite pasal baim. hikhikhik (ketawa gedik jap) 

actually entry kali ini mungkin lebih kepada sinetron yang bakal ditayangkan selepas sinet Bukan Diriku. lakonan Baim Wong dan Alyssa Soebandono . disebabkan Baim Wong tengah ‘naik daun’ dekat Malaysia ni, if I’m not mistaken, satu lagi sinetron lakonan beliau dan Marshanda yang berjudul Sejuta Cinta Marshanda juga sedang ditayangkan di TV3 bagi menggantikan sinetron Alissa. disebabkan I tak dapat nak tengok SCM, so I tanak buat review pasal SCM !(nada merajuk).




so, jangan buang masa. a lil’ review about KDB. before that, I nak bagitau yang review kali ni lebih kepada synopsis yang I dah buat sendiri after I tengok cerita dia kat youtube. jadi kira ikut kefahaman I la. I tengok pun tak full sebab malas nak loading lama-lama kat youtube sehingga menyebabkan data usage I meningkat. I dah tak mau gi refer mana-mana synopsis yang orang lain buat pastu sat lagi I tengok cerita dia tak sama dengan synopsis. dah macam I lak director sebab jalan cerita yang ditayangkan dengan synopsis tak synchronize. contoh macam synopsis Bukan Diriku.


KEJORA DAN BINTANG

Kejora dan Bintang adalah pasangan adik-beradik yang telah dibesarkan oleh ibu tiri mereka dan bapa mereka setelah kematian ibu mereka. Sebelum kematian ibu mereka, Kejora telah berjanji dengan ibunya untuk menjaga adiknya Bintang.

beberapa tahun kemudian,

semenjak kematian ibu mereka, Bintang sering mengalami tekanan (depresi). banyak biaya yang telah dikeluarkan buat mengubati penyakit bintang tetapi belum berhasil. manakala kejora pula sedang mengikuti pengajian di Melbourne.

nak dijadikan cerita, waktu ondaway balik Jakarta, beg pakaian kejora tertukar dengan beg pakaian erlangga. erlangga ini pulak adalah cucu kesayangan nenek dia. nenek dia ada buat satu perusahaan dan nenek dia berjanji kalau erlangga tak dapat nak menguruskan syarikat dia betul-betul, nenek dia takkan bagi satu sen pun pada erlangga ni. yang si erlangga pulak sebenarnya hidup atas hasil perusahaan nenek dia. erlangga dalam cerita ini merupakan seorang yang egois, sombong, suka pandang rendah pada orang lain, seorang yang menyakitkan hati dan yang seumpama dengannya la.

bila dah tertukar beg tu, mestilah masing-masing nak balik beg sendiri. bermulalah pertemuan antara kejora dan erlangga. banyak insiden yang terjadi. ada yang menyakitkan hati dan juga ada yang kelakar. dan akhirnya dari benci, si erlangga mula sayang pada kejora.

takkan flow cerita nak best je kan, tak thriller langsung. jadi diantara kejora dan erlangga muncullah janet (saudara tiri kejora) dan fitra ditambah lagi dengan masalah keluarga dan kewangan yang dihadapi oleh keluarga kejora setelah syarikat bapanya bankrup – bapa kejora mati tapi sebenarnya tidak - erlangga diusir oleh nenek nya sendiri kerana bersikap terlalu egois. nak tahu akhirnya macam mana? nanti dah start KDB, korang tengok la sendiri. if I’m not mistaken haritu baim kata KDB akan mula ditayangkan mulai 25 jan. seperti biasa di astro ria jam 6.30 petang. pokoknya ‘BEST GILER!’.

sebab saya suka alyssa soebandono, so ada beberapa gambar icha kat bawah ni. for me, chemistry yang paling best dan yang paling I suke adalah chemistry antara baim dan icha. titik. takde yang lain !






































p/s : dalam sinet ni rasa macam nak cepuk-cepuk je si erlangga (baim wong). egois nak mampus ! eh, teremosi pulak ! nway, selamat menonton ye kawan-kawan.

Wednesday, January 19, 2011

Meet & Greet Baim Wong !


hey hey !!! i'm back !!




setelah menempuh seribu satu dugaan (eceh,ayat nak gempak jek! saribu satu la sangat !) so, here we go. the journey to meet baim wong !

tepat jam 8.45 am, I dah tercanguk kat stesen ktm bangi. janji dengan kak sue nak kene sampai kol 10 ataupun 10.30 am. tapi last-last I sampai dalam kol 11 camtu. biasela – kata KTM bukan Monorail mahupun LRT.


(so, this is kak suhaila othman =P)


dari batu 3, adik kak sue, nana terus bawak kitorang pegi the curve. sampai dalam kol 12  lebih. kak sue buat registration and amik t-shirt bwfpo. (I tak tempah baju ye sebab at 1st i ingat i tak pegi.)

lepas kak sue register, kitorang pun gi isi perut I ni yang hanya berisi cekodok sejak pagi tadi. jadi menjelang jam 1.00 pm memang tengah lapar la. gi mcD, makan – borak then kitorang jumpa others #aimluvs (the named stands for peminat-peminat baim wong yang lain) last-last kitorang gather together dengan aini and kak rohani. semua macam rapat je kan. padahal masing-masing 1st time jumpa. kak rohani dari Sarawak and aini belajar kat kptm-bangi. dekat je weyh. lepas ni nak jumpa pun buleh. n kak sue pulak drive jauh-jauh dari ipoh !





 (aini ! dia belajar dekat kptm-bangi)


lepas dah kenyang kitorang gi naik balik kat cineplax sebab nak amik tiket tok screening KDB. ade lagi beberapa jam jadi kak rohani nak cari bunga untuk baim. I pulak sibuk nak cari present untuk Sasi (baim’s nephew). apsal I tak pikir pasal baim? ntah. yang I ingat just I nak buy something untuk Sasi sebab she is so adorable. SHE’S SO DAMN CUTE !



 (so this is Sasi Kirana Puspa Ayu Albasith...cute giler kan)



pusing-pusing the curve tu, jumpa satu kedai ni jual banyak bear. so kitorang stop situ then cari bear yang macam best untuk Sasi. jumpa satu bear ni, agak besar dan berharga RM 149.90. nasib baik kak sue dengan aini kata nak join venture. so 149.90 devided into 3, lebih kurang dalam rm 50 sorang la. so, here we go for u : SASIKIRANA PUSPA AYU ALBASITH aka SASIDORA (^_^)



 (akhirnya jumpa jugak hadiah untuk Sasi)



then kitorang naik balik kat cineplax. snap-snap gambar pulak



 (admin bwfpo - sis @lizaiskandar : 1st time jumpe and she's so damn gorgeous)



(kak intan - dah lame nak jumpa sebenarnya dan akhirnya ketemu jua)



then jam 3.45 pm, muncullah baim wong. kawan-kawan I kata, mesti kau jerit-jerit nama baim kan? eh, tade weyh. I pun tak tahu nape. I jerit SASIIIIIIIIIIIIIIII…hahahaha…tengok sasi boleh jadi excited tau. pastu mase diorang tengah kat dalam ‘preview lounge’, I dok perhati si SASI yang sangat cute dan berjalan-jalan dalam bilik tu. orang lain sibuk nak amik gambar baim ni, I boleh pulak membebel ‘weyh, tengok sasi. comel giler. comel nya dia.’ hahahaha. mengganggu konsentrasi orang lain jek. orang sibuk nak amik gambar baim kau sibuk dengan sasi. kihkihkih


 (eh, sasi lagi. adorable kan =P)



 (ini baru la mr baim wong. pic from : sis @suhaila_othman)



dalam jam 4.15 pm kot kitorang pun dah bersiap-sedia dalam wayang dengan baim sebab nak tengok promo KDB. 1st I carik baim dok mane. pastu again, I sibuk cari sasi tapi die kat depan tu ha. kecik plak tu. mane nak nampak kan.

*jap jap I pikir* I ni minat baim ke minat sasi? hurm….conpius jap !


(sasi in the cinema)


 (before show's started)


(ended of the show - on our way to 'ma em ma em' aka makannnnn...)



habis promo dalam kol 5.30 pm. pastu masing-masing berpusu-pusu nak autograph and snap picture. giler nak mampus que die. I dah penat giler tunggu. kaki dah lenguh. tapi akhirnya.....


 (tengok tengok muka i - ada muka cam nak mintak pelempang tak? hahaha)


akhirnya dapat gak salam dan snap dengan dia. puas ati ! hahahahah. waktu tu baru leh senyum. kihkihkih. walaupun waktu nak amik gambar dengan dia tu  muka I macam nak mintak pelempang jek tapi tetap I puas ati ! hahahahah.


snap picture lagi jom !


 (tante chimi nana - selalu just borak dekat fb je. akhirnya dapat jumpa jugak. she's came from sarawak)



 (this is aly aka alissa. she's so damn cute jugak. just like sasi)



dalam kol 6.30 pm diorang stop sebab nak bawak baim pegi Royale Bintang. ada press conf. kot I rase. waktu tu I kesian dengan kak sue yang datang jauh-jauh dari Ipoh dengan aini yang sanggup ‘ponteng kelas’ sebab nak jumpa baim tapi tak dapat amik gambar dengan dia (ups! terkantoi lak aini.hehehe). then tiba-tiba, kak liza (admin) kata, sape yang nak snap picture ngan baim boleh tunggu dekat Royal Bintang. so, kitorang pun yang tinggal berapa kerat ni pegi la Royal Bintang. credit for kak liza diatas effort beliau berusaha sehabis boleh untuk fans2 yang lain.

Akhirnya dapat gak kak sue and aini snap picture dengan baim....=P







dalam kol 7.15 kitorang pun berpisah lepas masing-masing dah dapat amik gambar dengan baim. letih nak mampus weyh !

I sampai umah malam tu dalam kol 10.00 pm. nasib baik train tak pack sebab waktu i naik tu, dah dalam kol 8 lebih. jadi dah lepas waktu orang balik keje.


Conclussionnya :

Baim in the 'real life' adalah seorang yang tinggi, hensem, soft-spoken. lepas tu dia sangat menghargai peminat sebab die tak kisah layan peminat dia walaupun nampak dia letih. nampak kekecewaan kat muka dia bila ada antara fans yang kene jerit-jerit dengan astro management plus fans-fans yang datang dari jauh but still tak dapat amik gambar dengan die disebabkan masa yang suntuk. bodyguard die plak agak kasar. tapi bodyguard mestilah kasar. takkan nak lemah lembut lak kan..hahahha..kelakau kalau BG lembut !


 (picture courtesy : harian metro)


nway, many thanks 2 kak liza sebab dah well-organize this event. thanks to astro jugak yang dah bawak baim ke Malaysia. walaupun I dapat snap beberapa photo je, tetap I bersyukur sebab sekurang-kurangnya dapat gak la dari sesetengah yang datang dari jauh, still tak dapat snap dengan baim. sebab I pegi pun nak tak nak jadi dapat snap pun dah memadai sangat !

p/s : akhirnya dapat jumpa kak sue, kak chimi, kak liza and kak intan in person. happy !

p/s : thank u so much for the birthday present kak sue ! tak sangka langsung ! tqvm. do keep in touch k !

p/s : ada antara gambar kat atas ni yang i amik dari others #aimluvs. jadi i nak mintak maaf if ada gambar yang i 'tempek' kat atas ni have been published without 'their' permission


Monday, January 17, 2011

Birthday Present !





hey hey

dah lama tak update blog kan. ape cer? takde cer ape-ape la. biasala kalau maxisBB dah hantar personal mesej ‘You have reached your volume quota. Once you are directed to the portal, your speed will be reduced. ni semua keje adik I ar ni. I upgrade speed, dia pun bukan main lagi upgrade online game. akibatnya – terlebih data usage la. pastu line dah jadi macam duduk dalam hutan. online lame sikit rasa macam duduk dalam gua. itulah alkisahnya.


Alhamdulillah tanggal 09 January 2011 – genap umur I melangkah ke alam 23 tahun. syukur kepada mu Ya Allah kerana masih memberi kesempatan kepada hambamu ini untuk hidup.


Jadi, tepat jam 12.00 mlm phone mula la sibuk dihujani dengan sms mengucapkan Happy Birthday (terasa cam artis sekejap-hahahha). first person yang wish me that night was Jenny Jane. thank u dear ! memang tangkas u ni. kepada yang dah wish I kat FB, thank u so much !


kepada yang dah bersusah-payah mengeluarkan duit poket mereka semata-mata nak belikan I hadiah, thank u so much ! honestly, this year I tak anggap apa-apa sambutan untuk birthday I (sebab tengah mengalami ulser – takde selera kalau diajak makan-makan ni). just ucapan dah memadai. don’t know why. maybe sebab rasa diri dah semakin tua dan diri ini masih tak dapat terima kenyataan. bahahahaha.


owh, lupa nak bagitau – BAIM WONG wish I happy birthday ! hahahaha…kecoh tak kecoh kan. orang lain relax je. I sikit punya kecoh. lalalala. okay, kita tinggalkan kisah baim wong mengwish I, kita pergi skip pada cerita seterusnya.


tahun ni I rasa my mom and my dad dah habiskan banyak duit gak untuk birthday i. memang I tak sangka la.






inilah hadiah untuk I tahun ni. a new rim for my encik myVi. thanks mak ayah. *kecupkecupkatpipisket*.


before this memang ada terfikir nak tukar sebab semua orang tahu, myVi normal rim adalah bersaiz 14. jadi bila kau pecut 120 je dah gegar terasa macam gempa bumi. tapi bagi I yang perempuan ni yang tak berapa nak addicted pasal kereta ni – DO I CARE !


lagipun nak tukar rim ni bukan makan 1 rat 2 rat - ribu riban gak. jadi alkisahnya I pikir biarlah I simpan duit dulu pelan-pelan, ada rezeki tukar, baru I tukar. lagipun en myVi I ni yang SE punya, so rim die memang dah cantik - (sesetengah orang cakapla - siap ada orang tanya kat I ‘taknak jual ke rim tu? kalau jual, nak jual berapa?) bagi I pulak – ‘cantik ke rim i? biase je kot. jual? abis I nak pakai rim ape? beli lain? pakai duitkan?’ hahahhaha. peduli ape I cantik ke tak. asal tayar boleh bergolek lagi, ok la tu.


jadinya, haritu my mom and dad kata nak pinjam kereta bawak balik kampung. hajat nak tukar tayar je sebab tayar kereta I memang dah haus giler. bajet I pun memang nak tukar tayar je. last-last dalam pukul 10.00 pm camtu, parents I sampai umah dan tadaaaaaaaaa….rim baru?


I terus macam terpinga-pinga. habis berapa beli rim ni weyh? ada bagusnya kalau kasi duit beli rim tu kat i buat i shopping ke beli emas ke. hahahaha. boleh plak pikir camtu kan. biasela perempuan. teheeeeeeee (^_^)


walaupun I tak mengharapkan sangat rim ni tapi I tau diorang beli rim ni untuk keselesaan I drive. kira seimbangla sikit kalau I bawak laju. rasa kukuh la sikit. dari 14 ke 16 – myVi I jadi cam extra tinggi sikit sebab rim dah besar pastu 1st time bawak rasa agak berat sikit. pastu feeling rasa cam bawak 4wd.hahahhaha. tak leh bla siot. rasa cam tayar besar semacam. sekurang-kurangnya kalau hujan, takla die ‘membuang’. uncle I kata, kene extra careful sebab if kita pecut 100 ia umpama kita bawak 120 ! okey, saya takut ! sebab tayar dah besar, jadi golekannya pun lebih besar.


i tanye my parents, kenapa 16? diorang cakap kalau 15, kecik jugak. biase je. macam tayar kereta Honda my dad. tapi I rase itu pun dah besar kot. kalau amik 17 pulak, nanti tayar kene pilih tayar yang nipis sebab rim dah besar so bila beli tayar yang lebih besar nanti die terkene body. pastu kalau rim besar, tayar nipis, kalau langgar ape-ape lopak susah la kan. jadi  conclusion nya – 16. itu pun I tengok myVi I dah macam kengkang – tayar terkeluar sikit dari body.


so, itulah alkisahnya hadiah birthday I tahun ni. thanks mom and dad. muah muah muah.


Saturday, January 1, 2011

Alkisah 2010






HAPPY NEW YEAR EVERYBODY !!!!!!!!!!!!!
(yeah, walaupun i rasa macam dah lambat je wish tapi i tetap nak wish. 
tak pedulik tak pedulik)


for the first time in my life i state my azam. macam tak percaya. tapi percayalah. sebab selama 22 tahun i hidup, i tak pernah nak bagi target atau sasaran dalam hidup i - bunyi macam takde arah tujuan hidup je haku niyh. bukan takde - tapi lebih kepada 'live your life to the fullest. what will be, will be - go with the flow'. gitu la i. sepanjang 22 tahun i hidup, i tak ikat diri i pada apa-apa target sebab semua perancangan hidup i selama 22 tahun telah diurus oleh-Nya dan dibantu oleh parents i. so bagi i, takyah nak pikir-pikir ni. i ikot jek. i pulak jenis anak yang baik, tak pernah nak bantah cakap parents - okeyh, saya tau saya puji diri saya sendiri. tehehehehe (^_^)


so, bila masuk tahun 2011 ni, i berazam nak pasang azam sebab 2011 menandakan umur i akan meningkat kepada 23 tahun. kebetulan i pun dilahirkan pada awal tahun, jadi automatically bila masuk tahun baru, umur pun baru la. i do think i need some push. 23 bukan muda weyh walaupun sesetengah orang kata, "ala 23 baru. muda lagi tu. have fun". but for me, oh tidak - u must set the bar dear - no more playing around - no more messing around. why? nanti i bagitau korang. 


yang paling bestnya, bila umur i dah mencecah 21, i dah mula lupa umur i - kira macam lupa diri ar. hahahha. i tak tipu. every night, before i tidur, i akan start counting - calculate current year minus year that i've born. ridiculous right? but that's the true. pastu i akan cakap 'owh, i dah 21, 22 and now i'm 23 !'. DAMN kan !!!!! u're 23 and now where are you at? yela, dah kerja ada duit sendiri. cukupkah itu? TAK. yes ! i memang tamak. bahahahaha....tamak untuk kemajuan diri sendiri takpe kot.


yang pastinya, azam 2011 adalah lebih berkisah kepada 'sayangilah diri anda sepenuhnya'. lepas anda dah sayang diri sendiri, barulah anda layak untuk menyayangi atau disayangi oleh orang lain.