Are you a perfectionist?
Perfectionist happen when you are putting unreasonable demands on yourself by setting the bar too high.
I mengaku I seorang perfectionist ataupun seorang yang mementingkan kesempurnaan. Ada kelebihan dan kekurangannya tapi bila kita terlalu mahukan kesempurnaan, kadang-kadang kita sendiri boleh rasa tertekan.
It happens since I was a kid. Bila kat sekolah, I selalu rasa nak bersaing dengan orang. Bila orang tu buat sesuatu yang lebih baik dari I, I rasa sangat down. I rasa kenapa I tak boleh buat macam dia. Sejak dari tu, apa pun yang I buat, I nak bende tu kelihatan sempurna. Mungkin bukan sempurna di mata orang, tapi sempurna di mata I sendiri.
Bila masuk alam persekolahan, sikap mementingkan kesempurnaan itu manjadi lebih extreme. Bila nak dekat akhir tahun, biasanya kita kene buat port-folio kan. Waktu ni la I selalu tension sebab bila I dah buat and kadang-kadang dah hampir siap pun, I akan selalu re-check. Setiap kali re-check I mesti rasa tak puas hati dan I sanggup buat semua dari awal. Sebab ? I rasa hasil kerja I tak bagos dan tak cantik.
Selain itu, I selalu check buku-buku nota I. Then I compare buku-buku I ngan buku-buku kawan I. Pastu I mula la merungut sebab I rasa tulisan I tak lawala, buku I nampak cam tak kemas la. Kan bende-bende tu tak penting. Yang penting content dia.
Lepas SPM, I masuk poli. Bila dah masuk alam belajar ni, kita akan selau dapat tugasan berkumpulan kan. I kalau bab-bab berkumpulan ni memang I kurang minat sikit. Kenapa? Sebab kita buat sesuatu kerja bersama-sama. Bukan I ni takde semangat berkumpulan ataupun selfish tapi sebab bila kita buat sesuatu then kita perlu present, maybe bende tu tak synchronize sebab ada banyak hasil kerja. Kalau cari maklumat bersama then gabungkan, itu I tak kesah. Tapi bila untuk buat folio ataupun slide, bagi I biar seorang je yang buat. Bagi I ia akan nampak lebih sempurna sebab hanya seorang je yang buat dari awal hingga akhir. That's why bila diorang kasi I buat slide or suruh I buat the whole folio sorang-sorang, I tak kesah. Kalau nak bahagi-bahagi I memang kurang berkenan. Tapi sebab kita buat kerja berkumpulan, kita kenela terima hasil kerja setiap orang. I boleh menghabiskan masa yang lama hanya pada suatu tugasan sahaja.
Dari hari ke hari, I try untuk kurangkan sikap perfectionist sebab I tau susah jadi perfectionist ni. Tapi bila itu dah jadi sifat I, memang susah nak buang.
Bila I masuk alam pekerjaan, still ada lagi sikap perfectionist ni. Contohnya bila I nak re-write phone number dalam buku pun I boleh boleh koyakkan page tu 5-6 kali gara-gara I tak puas hati dengan cara penyusunan atau pun tulisan I sendiri. What the hell kan. Padahal bende kecik je kan.
Kalau dalam kehidupan I pentingkan kesempurnaan, dalam mencari pasangan pun mestilah sama kan. Hahahah...memang payahkan. I nak cari orang yang sempurna je padahal I sendiri bukan sempurna sangat. Sebab tu sekarang ni I cuba untuk kurangkan sikap tu tapi still kadang-kadang mesti ada jugak sebab itu kan dah jadi sebahagian sifat I dan jujur I katakan disini, itu adalah salah satu kelemahan I - terlalu mementingkan kesempurnaan.
‘Perfect’ becomes ‘right’, and doing thing perfectly means finding the right way. Most perfectionists “know” the right way. It becomes rough when the “right” way isn’t the same way as the boss’s or spouse’s way. Even worse is if the boss or spouse is the perfectionist, and her/his way is the only right way.
No comments:
Post a Comment