Assalamualaikum semua.
Last Sunday, I keluar dengan anak-anak sedara I and kakak sedara I. Kitorang rancang nak tengok Harry Potter kat Mid Valley. But as usual, of course la fully-booked kan. Memang sangat kecewa la. Then, kakak sedara I ajak tengok cerita Megamind.
Honestly, I tak pernah laburkan duit I kat mana-mana panggung wayang just untuk tengok cerita kartun. For me, kalau nak tengok cerita kartun, beli VCD - then tengok kat rumah dah cukup sebab bagi I macam tak worth-it je kita keluarkan duit kita RM 11 / Rm 12 just untuk tengok cerita kartun. Tapi disebabkan anak-anak sedara I pun ada yang under-aged, so no choice la. Terpaksa gak tengok Megamind.
Some reviews :
Megamind ini adalah seekor alien yang telah dihantar kedunia oleh ibu bapa dia sejak berusia 8 hari lagi. Ibu bapa dia berharap suatu hari nanti dia boleh jadi seorang yang baik dan berguna. But unluckily, waktu mak ayah dia hantar tu, dia dah jatuh kat kawasan Penjara. So, dari situ dia bergaul dengan banduan dan belajar cara-cara membuat kejahatan. Megamind ni ada seorang penjaga yang sentiasa bersama dia iaitu Minion. Dalam masa yang sama, ada seekor lagi alien yang bernasib baik telah jatuh di rumah orang kaya yang baik - dan alien itu dinamakan Metro Man.
Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Sejak dari kecil Megamind selalu disisihkan oleh kawan-kawan kerana rupa paras dia yang pelik dan berwarna biru manakala Metro Man pulak sentiasa disanjung sebab dia hensem dan kuat. Mulai saat itu, Megamind telah bernekad untuk jadi orang yang paling jahat didunia dan sentiasa ingin berlawan dengan Metro Man.
Akhirnya, Metro Man mati dan Megamind bebas. Megamind telah menguasai seluruh Metro City dan telah jatuh cinta dengan seorang reporter yang bernama Roxanne Ritchi. Sejak dari tu, Megamind telah bertukar menjadi baik sedikit demi sedikit.
Apa yang terjadi lepas tu? Adakah Metro Man betol-betol mati? Adakah Roxanne Ritchi dapat terima Megamind? Dan apa yang terjadi pada Metro City lepas tu? Kalau nak tau, korang kene la tengok cerita ni dulu. Baru tau ending dia. Tapi bagi I, cerita ni not bad la sebab dia kelakar. Ketawa gak la duduk dalam panggung wayang tu. I bagi rating 7/10.
No comments:
Post a Comment