My Life, My Story

My Life, My Story

Saturday, November 20, 2010

Wax, Hajjah Mona Asam Pedas, Henna

Hye there....(^_^)
Last post I ada cerita pasal pengalaman I pegi Wonderland kan. Sebab tak habis lagi, I nak sambung sikit cerita tu kat post kali ni. Before kitorang balik, me and my friends sempatla grab something untuk kitorang bawak balik nanti. So, here we go. 


(I bought this for myself. Its my hand ok. My wax hand)


Lepas dah penat mandi-manda semua, kitorang pun balik kerumah untuk bersih-bersihkan badan dan rehat-rehat sekejap. After that, get-ready for our dinner pulak. Anyway, before I forgot something, thanks to Nena and her mom sebab bagi kitorang tumpang tidur kat rumah diorang. Siap dengan breakfast lagi. Lain kali boleh datang lagi. Teheeeeee...........(^_^)


Sebab for that night kitorang rancang nak makan kat luar, after masing-masing dah siap, kitorang pun shoot ke Hajjah Mona Asam Pedas. According to my friends, diorang kata kat sini la 'the best asam pedas' dekat Melaka. 



Honestly, tempat ni sangat-sangat crowd. Orang ramai giler padahal I tengok menu dia sangat simple. Just nasi putih, taugeh goreng, telur masin and pelbagai jenis ikan masak asam pedas.


 (menunggu dengan penuh kesabaran. masing-masing dah giler lapar waktu ni)



(perasan tak perasan tak. muka kitorang tak bermaya kan. sebab belum makan la ni. hehehheh)



(then here we go. sampai pun. like I say. menu dia sangat simple. *abaikan muka yang tidak bermaya itu*)


But, sorry guys sebab gambar asam pedasnya tak sempat nak snap sebab masing-masing tengah lapar kan. So, sampai je lauk dia, masing-masing dah ready nak mengisi perut masing-masing tanpa menghiraukan orang sekeliling. Ape yang boleh I komen pasal asam pedas dia, 'just nice'...keistimewaan dia maybe sebab asam pedas dia sangat pekat..then ada banyak variety ikan yang boleh dipilih untuk 'di asam pedaskan'. Tapi yang pasti, malam tu  I makan memang licin. Padahal I rasa nasi dia dah cukup banyak. Samada sebab kuah dia sedap atau sebab I memang lapar. I pun tak sure. For our dinner, thanks too Ain sebab dah belanja kitorang makan kat sini. Lain kali boleh belanja lagi babe!


Bila perut dah kenyang, semangat la balik kitorang nak berjalan kan. Walaupun mata mengantuk, oleh sebab kitorang taknak menyia-nyiakan kesempatan kitorang untuk hangout sama-sama, dak Nena terus bawak kitorang pegi pusing-pusing Bandaraya Melaka.


Nena bawak kitorang pergi Uptown Bandar Hilir. Tengah jalan-jalan ni, I terserempak pulak dengan gerai jual barang-barang Arab. Dekat gerai ni la I tersangkut sebab I memang pencinta inai. So, bila tengok katalog inai, memang terus I amik keputusan nak buat henna kat tangan I. Terpaksa la kawan-kawan I tunggu....Thanks tau korang.

(thats me. I amik corak yang paling simple. tamo heavy sangat macam pengantin tu)



 (kakak ni memang sangat kreatif okey. dia lukis memang laju. sangat expert)



(lepas I duduk situ, ramai pulak singgah nak buat henna. patutnya kakak kedai tu kasi komisen kat I sebab I dah tarik ramai pelanggan untuk dia. heheheeh)


(almost done. harga untuk corak tu saje adalah rm 7 per hand. plus kalau nak taruk inai kat kuku kena tambah rm 5 per hand)


(lihat...mereka menanti saya dengan penuh kesabaran. terima kasih kawan-kawan...;p )



(akhirnya siap sebelah tangan. total sebelah tangan - RM 12. so, for both hands - RM 24)


Lepas dah habis pusing kat Bandarhilir, Nena bawak kitorang pegi snap-snap picture pulak. So, here are some picture yang sempat untuk I kongsikan ngan korang. Nak tengok lebih-lebih kena bukak facebook I la ye.)












(gambar macam tak pernah pergi Melaka pulak kan. hahahah...)



(pokcik beca tu memang kedekut. nak duduk pun tak boleh. siapa sentuh seat dia kena bayar RM 2)


Lepas dah puas round satu bandaraya Melaka, kitorang pun balik. Lagi pun bak kata orang tua, tak elok anak dara merayau malam-malam ni kan. Heheheheh...So, kitorang pun balik, tido and get ready for tomorrow. Ada aktiviti lain yang bakal menyusul. 

Daaaaaaaaa~~~~~~~~

1 comment: