My Life, My Story

My Life, My Story

Friday, November 19, 2010

Baby Reyna (^_^)

Assalamualaikum semua...
Kalau dalam post sebelum ini, aku ada war-warkan rancangan nak pegi Melaka. So, for the next few entry after this, maybe kebanyakan post akan lebih berkisar kepada cerita 'Jalan-Jalan Pegi Melaka'.

So, on 13th November 2010 bermula la perjalanan kami ke destinasi utama kami iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah. Target utama nak pergi Melaka ni adalah untuk lawat kawan kitorang Zafiqa Md Zin yang baru je lepas bersalin (nak kata baru, takla baru sangat kot sebab waktu kitorang datang tu anak dia dah nak masuk 2 bulan). Oleh disebabkan waktu dia kawin haritu aku tak dapat datang jadi waktu dia dapat baby ni aku sedaya-upaya mengosongkan jadual ku pada hari tersebut semata-mata nak pergi tengok baby dia (cakap cam sebok nau aku niyh..heheheh..)


(Nur Zafiqa Md Zin dan Rohaili Ramli)


Rombongan kitorang terdiri daripada Cik Rara Rorot selaku Ketua Rombongan, Cik Farhain Tobaqos selaku PA kepada Ketua Rombongan, Pn Shasharina Ishak selaku Pemeriah Rombongan diikuti oleh Pembantu-Pembantu Pemeriah Rombongan iaitu Cik Lia Liey (tn punye blog ye) dan Cik Nur Izzati.


(Dari kiri : Pn Shasharina, Cik Nur Izzati, Cik Rara Rorot, Cik Lia Liey, Cik Farhain Tobaqos)

Tujuan kitorang sebenarnya ialah sebab nak berkumpul ramai-ramai lepas dah lama tak jumpa (walaupun 5 orang tetap consider ramai kan (^_^). Yela, masing-masing dah ada life masing-masing jadi oleh sebab itu kadang-kadang bila rindu nak jumpa, ini jela masa tok kitorang gather-gather togather - bila ada function contohnya bila ada member nak kawin atau bersalin.

So, lebih kurang jam 12 lebih camtu, kitorang pun sampai Melaka. Pusing-pusing Melaka jap sebab nak cari baby stuff untuk anak Piqa, then lepas dah dapat terus shoot pergi rumah Piqa. Kitorang sampai dekat pukul 2 petang camtula. Baby Reyna baru bangun tidur kata ibunya. So, mood dia pun tak berapa nak elok la kan. Tapi kitorang tetap tak peduli. Masing-masing buat perangai macam tak pernah jumpa baby. Budak tu dok menangis pun kitorang buat 'dek' je. Sibuk snap picture sane-sini.


(So, here we go...Izzyan Nur Zafreyna Rohaili..tomei 1000x woh)



(nena dan baby reyna)



 (baby reyna : "excited plak kakak kat sebelah aku ni amik gambar. bajet comel ar tu")



(tengok-tengok. dak kecik tu dah nangis sebok nak amik gambar gak)


Eh, nape picture aku takde kat atas nih? Bukan sebab aku tak reti pegang baby ok! Ni semua sebab aku yang  jadi photographer dorang ni yang masing-masing bajet comel taknak kasi aku amik gambar sebab takot aku overshadow dorang ar tu...hahahha...;p Insyallah, nanti kalau ada gambar aku nanti akan ku upload di fb sepuas hatiku!!!!!

Sebelum kitorang balik, Piqa dah sediakan lunch tok kitorang. Memang semua muka tak malu dok habiskan semua sebab masing-masing ngah lapar...hahahah...Thanks for the lunchy Pika.

Bila perut masing-masing dah kenyang, kitorang terus mula bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Malacca Wonderland Theme Park. Nak tahu apa yang best kat situ, just wait for my next post yah!!!!!!!! 

Till then, see u soon...(^_^)

No comments:

Post a Comment