Muahahahahha...
Assalamualaikum semua....
Dah 3 hari aku menghadiri Kursus Pengacara Majlis atau dalam bahasa ringkasnya MC. Bukan Medical Certificate ye kawan-kawan, tapi Master Of Ceremonies (sungguh gempakkan nama dia dalam bahasa inggeris). So, pagi tadi on my way to office, hujan lebat giler nak mampos (menandakan betapa la lebatnya hujan itu) dan aku rasa pagi tadi merupakan waktu yang paling mencabar aku drive. Dah jadi kebiasaan aku kalau drive pagi-pagi pergi kerja memang bawak 100-120 km/j. Tak tahulah nape, mungkin dah jadi habit. Habit yang patut dibuang sebab membahayakan diri sendiri. So, pagi tadi as usual aku bawak kereta dengan kelajuan seperti biasa tanpa mempedulikan lopak-lopak di pinggir jalan (struktur ayat memang A1 la aku ni) padahal hujan tengah lebat waktu tu. Lepas je aku melepasi satu selekoh yang sangat tajam ditambah dalam keadaan menurun, tiba-tiba kereta aku hilang kawalan dalam 3-5 second. Wah, saya rasa sangat panik. Walaupun 3-5 second tu sebenarnya tak la lama mana pun, tapi kalau nak excident, waktu 3-5 second tu la dia jadikan. Rupanya, ada air yang sangat banyak kat tepi jalan tu tanpa aku sedari. Kira tayar kereta aku ni 'membuang' la kan. Yang lagi best, dia 'membuang' ke kiri dan ke kanan. Acane tu? Memang waktu tu kereta aku terhuyung-hayang giler ar. Tapi alhamdulillah, tak jadi apa-apa kat aku lepas tu. Pastu jalan depan sikit, aku nampak kereta terbalik pulak. Aku agak mesti kes 'membuang' gak ni sebab aku penah kene kat tempat tu.
Eh eh..meleret pulak aku bercerita. Perlu ke aku tukar tajuk kat atas tu? Heheheheh
Ok, back too the topic. Petang tadi masa nak balik kerja, kereta aku tak boleh nak bukak (bukak disini bukan bermaksud mengasingkan bahagian-bahagian kereta ye tapi bermaksud...ermmmm..macam mana aku nak explain ni weyh..maaflah..saya kalau part-part kereta ni memang fail la). So, aku pun mengambil keputusan untuk bukak kereta aku secara manual walaupun aku tau sat lagi kereta aku mesti 'menjerit' menandakan ada orang asing yang sedang menceroboh aka ingin mencuri kereta aku. Seperti yang telah disangkakan, tidak lama selepas itu, kereta aku itu pun berbunyi dengan nyaring sekali. Dalam jangka masa yang lama pulak tu. Tapi takde siapa yang menghiraukan kerana orang menganggap "eleh, dia salah tekan ar tu. sat lagi mati la alarm dia." Padahal dorang tak tau aku memang sengaja kasi dia bunyik untuk menarik perhatian orang sekeliling. Hahaha..Ok, aku tipu. Publisiti murahan betul! Sebenarnya aku dah dapat agak, ni mesti batery 'remote' kereta aku dah 'kong' ni. Tu yang tak boleh bukak tu.
Dengan sepantas kilat, terus aku jerit kawan aku mintak tolong matikan alarm tu sebab aku tak reti. Tiba-tiba, dengan tak semena-mena, datang 6-7 orang lelaki ke arah aku nak tolong matikan alarm. Tiba-tiba aku terasa macam cerita Korea pulak. Terdetik dalam hati aku, "eh, aku nak mintak tolong siapa ni? ramai bona. dahlah datang dari semua penjuru sambil berlari-lari anak." <----------- memang terasa macam cerita Korea yang kadang-kadang tak masuk dek akal tu. Tapi aku tetap hulurkan kunci tu kat member yang aku mula-mula panggil tadi. Yang lain tu bukan tak kenal. Tapi tak biasa je.
Lepas dia tekan itu ini, settle! Bukan ape pun, alarm je kot. Haahahah..gelak besar aku dalam kereta. Alarm bunyi sikit, sampai 6-7 orang yang nak tolong. Padahal aku panggil sorang je. Itu lah kelebihan perempuan (dipetik dari kata-kata Hj Azhar..."amboi..kemain ramai lagi yang datang. mentang-mentang kereta perempuan.")
(Ni la kereta yang bikin malu tuan punya kereta)
Nota kaki :
* Esok, nak gi Melaka. Hope dapat amik gambar banyak-banyak pastu tempek dalam blog.
Bye Bye (^_^)
No comments:
Post a Comment