My Life, My Story

My Life, My Story

Monday, April 30, 2012

Product Review : SilkyGirl Double Intense Waterproof Mascara

Hye mengkeme mengkeme semua ^_^


Today entry I adalah mengenai product review. Again, YES product review.
Kurang berminat? Sila tinggalkan entry ini ;D




Owaite, today I nak share sikit dengan korang mengenai satu produk mascara yang I pakai. Before this I pernah buat entry pasal mascara-mascara ni. So chekidot kat sini yep.




I jenis yang pakai mekap bukan 24/7 jadinya product pilihan I biasanya terdiri daripada jenis yang bukan tahan lama di muka sangat. Senang cerita, easy remove.




Sesetengah orang, mascara itu penting. Sesetengah plak takyah pakai pun takpe. Alahai jemah oi, sekadar pergi kedai depan rumah, takyah mascara la heh. Bagi I pulak, tengok mood i. kadang rajin, I apply. Kalau malas, memang tak la kan. Tapi disebabkan ianya senang untuk dicuci, I pakai la jugak kengkadang (tapi bukan untuk ke kedai runcit depan rumah). Nak kasi gorjes sikit bula mata ni kan. Kasi nampak cam kucing sikit kan. WAKAKAKA. Tak perlu okey nak mata kucing sangat.




So here we go.




SilkyGirl Double Intense Waterproof Mascara






Katanya waterproof tapi senang tanggal weyh. Guna air je dah tanggal. Takyah pakai make-up remover tu ha. Bila senang remove, takde la tercabut bula mata u’olls kan. Tapi mascara ni takla buat bulu mata korang macam Rozita Che Wan tu. Dia pun pakai bulu mata palsu kan. Macam I cakap tadi, yang ringan jek. Cukup untuk menunjukkan yang korang ada bulu mata. Hahahaha.




Bila nak remove tu, u guys just taruk air kat situ, then tarik slow-slow dari bulu mata korang. Senangkan. boleh diaplikasikan dimana-mana sahaja samada di rumah kawan ataupun surau shopping complex tanpa memerlukan 'kerja keras' serta make-up remover.




Tahan lama tak? Entahla. I tak tau nak explain sebab it depands pada penggunaan korang la kan. Macam I ni, boleh tahan setahun kot mascara i. HAHAHAHAH. Pakai pun jarang kan.




Sesetengah orang yang memang giler make-up ni, cukup 2 bulan diorang buang. Sebab kata dah tak elok. Tapi bagi I pulak, selagi dia nak lekat kat mata I, selagi mata I pun tak rosak, selagi tu la I tenyeh kat bulu mata I. lagipun mascara ada expired date ke? Nak tengok katne date dia tu? I tak tau pun.




So kepada yang nak pakai mascara yang ringan, I suggest yang ini. Sebab bila kita cuci muka nak solat ke kan, takla rasa ‘berat’ sangat nak cuci.




Tapi kan..i tak sure still available ke tak mascara ni sebab that day I carik dah takde sebab dia ada keluar yang baru. Mascara ni pun dah lama keluar. I je baru update. Hahahha.




So, selamat mencari dan mencuba.

Monday, April 16, 2012

Product Review : Rosken Skin Repair

dry skin needs skin repair

daily exposure to :
- sunlight      - air conditioning      - hot shower

causes your skin to become dry and flaky


introduce to u



ROSKEN
skin repair
the dry skin specialist


~wallah! kemain buat iklan~


jadi today, i nak buat review sikit pasal ROSKEN product. i dah pakai product ni almost 2 month gitu la. kire dah boleh buat product review kan? result ? i sangat puas hati. 100% satisfied.

quit expensive tapi kalau expensive bagi good result, rasa okay kot. jangan harga je mahal tapi result dia 'acuh tak acuh - suam-suam kuku' gitu kan.

at this time being, i dah try 2 jenis dari product ni.






1. Rosken Skin Repair : Dry Skin Cream
2. Rosken Skin Repair : Dry Skin Hydrating Lotion with Vitamin E


ait! ait! before that, i just nak inform yang i guna lotion ni dekat part-part yang memang kita nampak kekeringannya. barulah kita nampak the exact result kan. kalau krim tangan tu, i pakai product Vaseline jek. bukan je wangi, murah pulak tu. botol kecik 120ml tu boleh dapat dalam RM 3 lebih je kan. yang Rosken ni, 75ml jek dah RM 'belas-belas' gitu. korang tau 75ml itu sangat sikit okeyh. kalau pakai satu badan, sebulan pun tak cukup. sangat jauh perbezaan kemahalan dia kan. sebab tu i tak pakai satu badan. so, part-part yang 'terpilih' sahaja yang 'layak' pakai product mahal ni. muahahaha!




pernah jugak try pakai Vaseline dekat part yang 'terpilih' ni, i tengok takde beza pun. jadinya kat sini, memang part yang 'terpilih' ni perlu extra-care. MENGADE nye! (sambil hentak-hentak kaki sebab duit habis)

jadi? acane result dia? apa yang bagus sangat sampai sanggup berhabis duit ni?

"help restore lost moisture and form a protective layer that guards against further moisture loss"

- YES ! itulah sebab utamanya!


selain kembali kan kelembapan kulit, product ni juga akan memulihkan kembali kulit kita. kadang tu ada yang jenis kulit bila dah kering, dia akan kelihatan macam 'merekah' gitu. kira macam dehydrate gitu kan. macam kering tak cukup air, tak cukup lembapan gitu.

so, bila pakai product ni, kira dia perbaiki kulit kita layer by layer la. mula-mula dia akan hilangkan kering tu, lepas tu dia kasi lembapan. then repair balik skin texture tu.

just it takes time la WALAUPUN katanya, within 4 days gitu. depends pada kekeringan kulit anda-anda la ye. jangan la percaya 4 days sangat.

jadinya, pada yang ada masalah kulit kering, buleh la try this product. tengok mana yang suitable, then grab one. untuk percubaan, try la tube yang smallest dulu. yang 75ml tu.


selamat mencuba ^_^



nota kaki : beza dua tiub yang i pakai tu just pada texture dia. yang ada vitamin E tu rasa macam lebih pekat. itu sahaja. any product under ROSKEN boleh la cekidot this ROSKEN Website.

Saturday, April 7, 2012

New Template 'Yang Sangat Bersih'

Hey Hoow


2nd template for my blog this week. kan blog dah bersawang sebab kena tinggal 1 tahun kan. jadi i thought of doing something 'fresh'. fresh la sangat kan. bajet nak look more matured gitu. 


kalau ada yang sempat go through or blogwalking my blog semalam, lain rupa dia. yang itu memang 'nampak matured' sikit. tapi yang ini, hurm....korang nilai ar sendiri.


ait! please, please..jangan mention! nanti i kecik hati. kahkahkah. waklu nak kecik hati.


but i do like my new template sebab looks simple, bersih yet cute to me. tang cartoon kat atas tu je takleh nak ubah. ecewaaahhhh... (dalam hati happy sebenarnya sebab dapat hello kitty ^_^)


and 1 more thing if perasan, dulu my blog sarat dengan .widget. dari atas, tepi sampai ke bawah nak ber'widget'. tapi yang baru ni. siap dengan icon facebook and twitter kat ruang comment bawah tu i buang. pakai yang additional je kat tepi. cukup la tu kan. bajet matured habis la tu kan.


tapi kita tengok sampai bila Miss Perfectionist boleh bertahan dengan new template dia ni. i bajet tak lama la. esok-esok dia rasa menyampah, dia tukar lagi.


moral of the story, saja nak GAH KAN templete baru (siyes mesti korang annoying).
ok bye

Friday, April 6, 2012

Antara Soalan Sebelum Kahwin



Ohohoyyyyy !!!! bila mata bertentang mata !!!
senyumlah senyumlah ahai cek mek molek~




Musim orang kawin sekarang ni der. Maybe bukan musim korang. Tapi musim kawan-kawan i. ada yang sibuk nak kawin lah. Ada yang sibuk bertunang la. Ada yang sekali harung tunang – kawin. Standard lah kan. 24 already. Kau pun patut kawin hoi! Lupe lak alia tu ha. (jap, pehal 24 tu di bold kan?)



ATTENTION !
post ini bukan kerana si alia tu dah gatal nak kawin tapi sebab untuk peringatan rujukan bersama.





Jadinya bila semua orang nak bertukar ke ‘fasa’ baru, terfikir-fikir la agak-agaknya kalau I yang akan menuju ke fasa itu, BERSEDIAKAH I ???? and I do think, kepada ‘bakal-bakal’ candidate yang akan menuju ke fasa itu, soalan yang sama akan bermain di kepala masing-masing.



Jadi post kali ni, I nak state beberapa soalan yang kerap bermain di dalam kepala I andainya tiba waktu I untuk bertukar fasa.




Eh, tuit tuit.




Bukan soalan cepumas dari orang sekeliling yang sibuk nak tau bila nak kawin tu ye tapi soalan-soalan yang harus ditanya pada diri sendiri.




  • 1.    Sudah sediakah aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri?
  • 2.    Sudah sediakah aku untuk berubah dari segi mental mahupun fizikal? (fizikal merangkumi perubahan bentuk badan dari kurus keding ke berisi) hahahaha.
  • 3.    Rajinkah aku nak memasak untuk laki aku nanti?
  • 4.    Rajinkah aku nak gosok baju suami aku nanti sedangkan baju sendiri pun malas nak gosok.
  • 5.    Bolehkah aku tolerate dengan suami aku bila ada masalah atau aku je yang nak ‘menang’?
  • 6.    Rajin ke aku nak kejut suami aku pagi-pagi pastu siapkan sarapan untuk dia?
  • 7.    Bolehkah aku hidup dengan cara, setiap kelakuan yang aku buat, setiap perbuatan yang aku lakukan perlulah dengan kebenaran suami?
  • 8.    Andai kata aku ‘terpregnant’, ready kah aku untuk menjadi seorang ibu? Bukan untuk beranak je, tapi untuk jaga anak dan segala ‘package’ yang telah ditetapkan.
  • 9.    Rajinkah aku nak kemas rumah selalu dan pastikan rumah sentiasa berada di dalam keadaan kemas?
  • 10. Dan tugas dari masa ke semasa. (ahaks, dah macam senarai tugas fail meja kat ofis plakkan)
  • 11. Bersediakah aku untuk berada disisi suami aku walaupun aku akan kebosanan nak ikut dia kehulur-hilir?
  • 12. Yang paling last, dah ready kah aku untuk berhenti ‘berjimba-jimba’ dengan kawan-kawan aku?




Sebenarnya banyak lagi persoalan yang perlu kita fikirkan. Bukan hanya fikirkan persiapan untuk kahwin sahaja, yang paling penting SELEPAS itu. Sebab ada antara kita ‘tak sempat’ nak fikir sebab dah terlalu teruja nak kawin.




Tapi Alhamdulillah, I masih sempat apatah lagi dari sehari ke sehari, ada je kawan-kawan yang dah melepasi fasa ini. Jadinya, mereka-mereka ini lah yang menjadi contoh dan panduan buat i. ada yang boleh diikut dan pastinya harus dijadikan contoh dan yang paling penting, I sangat salute pada mereka dan ada juga yang I tengok, “hurmmm…..macam belum nak kawin jek dia ni” and yang paling worst, perangai selepas kawin tak berubah ataupun lebih worst dari sebelum kawin. So, I dah ada reference and tau the ‘do and don’t’ dalam perkahwinan.




Tapi still semuanya berbalik kepada jodoh dan ketentuan. Ada yang bagi alasan, "alaaaa..aku tak ready nak kawin lagi sebenarnya. Laki tu yang sibuk nak kawin". EH? alasan camni memang payah nak diertikan. Kalau laki tu yang sibuk nak kawin, kita sendiri bila dah tukar status sebagai isteri kenalah cuba untuk sesuaikan diri. Kalau tak siapa yang malu? Diri sendiri woi!




Jodoh pertemuan itu di tangan Allah S.W.T. Bila kita kawin, kita tunang, kita beranak-pinak, semuanya telah ditentukan. Kadang-kadang kita belum bersedia tapi dah tiba masanya. Benda tu kita memang tak boleh nak ubah. Tapi ada satu yang kita boleh ubah. Iaitu ATTITUDE kita. Bila kita dah berada di dalam fasa itu, haruslah kita berubah untuk sesuaikan diri kita dengan fasa itu. Apatah lagi, syurga berada di bawah tapak kaki suami bagi seorang isteri. Jangan aibkan suami dalam apa jua cara sekali pun. Mintak dijauhkan. Tak cium bau syurga nanti u’olls. 




Kadang-kadang sebab dah terbiasa tak perlu report apa-apa kat sesape, bila dah kawin, kita lupa nak mintak izin suami kita walaupun kita nak pegi kedai sebelah rumah. Harus diingat tempat seorang isteri adalah di sisi suami.




I nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab I belum berada di dalam fasa itu, tapi I yakin, if I dah kawin, my mom and dad sendiri akan bising dengan I kalau I buat 'perangai bujang’ i. and yang paling penting, I sendiri malu kot jadi isteri yang ‘berlagak bujang’.




Tapi diingatkan, benda-benda diatas ada yang tidak boleh diguna pakai buat pasangan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). But I’m sure, once they get together, semua benda ni harus difikirkan.




Okay, cukup tazkirah pada hari ini. I dah penat nak taip. HAHAHAHAH.




Marilah kita sama-sama beringat tugas kita. Kepada sahabat-sahabat saya yang dah Berjaya menjadi isteri yang baik, TAHNIAH UNTUK KORANG. KORANG LAH RUJUKAN UNTUK I. tapi bagi yang tak berapa nak Berjaya, haruslah ubah diri dan attitude. Korang bukan nak duduk sehari dua bersama. Tapi sehingga ke akhir hayat. Attitude yang tidak baik tidak elok diamalkan.




Bagi I pulak yang memang tak tahu bila nak kawinnya, I’ll take this opportunity untuk improved myself day by day. Hope 1 day, I dapat jadi seorang isteri yang boleh dibanggakan suaminya.




Akhir kata,




SELAMAT KAWIN U’OLLS !!!!!



*p/s : harap tiada yang terasa hati dengan post i sebab honestly i buat ni untuk peringatan i jugak. sebab i pun belum kawin. jadi maybe ada ayat-ayat yang tak best didengar atau lebih tepat sekali dialog dia camni "alahai, kau kawin pun belum, sibuk nak syarah kat orang". takde niat wey. siyes!

Wohooo... It's Been A Year



assalamualaikum

TADA !!

alia is back. kalau dulu pakai qasehliya. but now, as according to the title, it's been about a year aka 12 months 

AMIK KAW! ibu mengandung ni pun selalunya siap dah habis pantang. 
 kalau rajin, pegi la cekidot or scroll down sikit kebawah tengok my last post berapa haribulan. 







okay, takde date kan. hahahaha. i pun baru perasan. but it's on MARCH 2011.

MARCH 2011 bebeh !!!!

bersawang , berkulat , berfotosintesis blog i kan.

outdated habis! tapi ape ada hal. just a few people who asked me my blogspot. and usual la my alasan,


"lupa password la"

"sibuk la"

and alasan paling latest

"office mem'block'ing blosgpot"
(nampak sangat dulu kerap curik tulang tulis blog waktu kerja) 


tapi kini saya dah insaf dan merupakan pekerja yang tekun kerana blog telah diblock. yang tinggal just wordpress and tumblr. itu pun wordpress tak tahu jadi apa dah. tumblr boleh tahan la ber 'update' nya kan.

yet wanna say thanks pada yang still sudi comment on my previous post WALAUPUN memang dah terang lagi bersuluh blog ni tidak ber'update'.

so, kita mula topik berblogging for the next post eh. just wanna say thanks to followers and commentators yang still setia with my blog and to the future followers and commentators,
DO COME AGAIN!