My Life, My Story

My Life, My Story

Saturday, March 19, 2011

Secretaries Week





secretaries week just around the corner. 



mula la flyer-flyer, email, poster mahupun pihak media sendiri mewarwarkan tawaran yang disediakan untuk pihak-pihak bos 'menyemoncer' para setiausaha mereka. 


selalunya, pihak syarikat yang akan mengeluarkan duit untuk celebrate secretaries week ni. tapi agak-agak kalau bos diorang pemurah, biasanya bos itu sendiri yang akan keluarkan duit untuk secretary dia pegi event-event yang macam ni. tak kurang jugak, ada yang pegi dengan bos diorang sekali.


tapi as usual, selalunya kalau setiausaha ni kerja under swasta atau syarikat-syarikat besar, memang dapat merasala setiausaha-setiausaha tu nak jumpa artis-artis ni. tapi kalau kerja under government, rasanya tak ramai setiausaha yang dapat sponsor untuk pegi event yang macam ni. donno why..maybe takde peruntukan kot atau pun kedekut. ngehngehngeh. ----> statement yang sungguh meruntun jiwa. hahahah


"perlu ke secretaries week? kenapa secretery je? orang lain pun buat keje tapi takde pun sambutan macamtu?"


sesetengah orang mungkin akan mempertikaikan kenapa ada event khusus untuk para setiausaha. i sendiri pun sebagai setiausaha tak sure. mungkin kerana kerja keras diorang kot. ada sesetengah setiausaha yang perlu mengingati semua schedule bos dia for the whole month. kalau agak-agak tak mampu, dapat ingat for the whole week pun ok. ada juga yang perlu mengorbankan masa cuti diorang - waktu cuti, bos still carik tanya itu ini..tanye urusan kerja..nak cuti pun, depends pada bos.bos takde kat ofis, baru boleh apply cuti. nak bantah memang tak boleh sebab itu memang tugas kita. lagipun, bos are always right walaupun kadang-kadang ada wrong nya jugak. but as a secretaries, mereka telah dilatih untuk jadi lebih multi-tasking, 24/7 update semua schedule bos dan yang paling penting, 'tahan maki'..mungkin bukan bos dia yang maki, tapi orang sekeliling dia. orang tak puas hati dengan bos tapi setiausaha dia yang kene, setiausaha dia yang tapis dulu sebelum sampai kat bos.


ikut pengalaman, walaupun i baru je keje, but banyak bende yang perlu kita improved day by day. cara kerja kita, the way we pleased our boss. itu semua penting. ada satu hari tu, i kena kaw-kaw dengan orang luar sebab dia tak puas hati dengan bos i. orang tu marah i pungpangpungpang. nak cakap dengan bos i dia tak berani, jadi dia lepas kat i. cuba kalau i pass phone call tu kat bos i, i confem 100% that fellow tak berani nak cakap macam mana the way dia cakap dekat i. tapi sebagai setiausaha, walaupun kita kena basuh kaw-kaw, dah tentulah kita sampaikan 'pesanan' orang tersebut dengan cara yang baik, menggunakan ayat yang teratur disusuli dengan senyum yang tak berapa nak ikhlas (sebab baru kena marah).


jadi pada bulan April ni, as usual banyak pihak yang telah menyediakan event untuk 'orang yang selalu kena maki' ni..


antaranya,





Nostalgia with Dato' Siti Nurhaliza
Place : Matrade Exhibition & Convention Centre
Date : 5th April 2011
Ticket Price : RM 340 ++ to RM 560++ (per person)





Secretaries Week Luncheon with Anuar Zain
Place : Persada Johor, Johor Bahru
Date : 19th April 2011
Ticket Price : As written above according to per table price.

*if i'm not mistaken, dekat KL pun ada just i tak jumpa dia punya flyer

Place : JW Marriot, Kuala Lumpur
Date : 14 & 15 April 2011
Ticket Price : RM 420++ to RM 575++ (per person)






Divas Las Vegas with Anita Sarawak
Place : SACC Mall Shah Alam
Date : 06th April 2011
Ticket Price : RM 420++ to RM 550 (per person)






Secretaries Luncheon with Adibah Noor
Place : Sime Darby Convention Centre
Date : 22nd April 2011
Ticket Price : RM 190++ to RM 240++ (per person)


so, ni antara event-event yang i tau la.. nak tempek semua kat blog i, memang penat la i nanti dok google sana-sini. lebih bagus andainya if korang nak lebih tau la all the details, korang call sendiri pihak yang 'bertanggungjawab'.



"majulah setiausaha untuk bos"

No comments:

Post a Comment