My Life, My Story

My Life, My Story

Tuesday, March 15, 2011

Blackberry Bold 9780



setelah penantian yang begitu lama..
akhirnya, 'dia milikku'


actually, sejak munculnya dia, i dah jatuh hati dengannya. tapi apa kan daya. siapalah aku untuk memilikinya. terlalu jauh perbezaan antara ku dan dia. tapi aku sabar. yang mampu hanyalah memandang dari jauh.


sudahhhhhhhhh............


melalut terus ye kau qasehliya..straight to the point okeyh..


terang-terang kat atas tu i nak cerita pasal apa kan..anggap saja itu hanya pembuka bicara..lalalal~~~


- "alorh, blackberry ke? kecoh la lu..orang skang tak main la BB ni..skang ni zaman iPhone." 
- "hurm..ada aku kesah? hahahhaha.."


maybe bagi sesetengah orang, apa sangatla kalo pakai BB ni. lagipun kat dunia ni dah ramai kot orang pakai BB. i sorang je yang baru terhegeh-hegeh nk ber'BB'ing. (eh eh..jangan underestimate i..i tak suka ! ngehngehngeh)


*correction : ramai ke pakai BB?? depends pada citarasa individu la ye



the original of blackberry -----> huduhkan..lololo




yang ni pulak BB Curve 8520 --> the lowest price yang ditawarkan oleh maxis untuk BB



owh, before that..lupe i nak bagitau, i adalah pelanggan setia MAXIS..ecewaah..ayat cam bagus..bahahahaha..before this i pakai prepaid, then i tukar postpaid..broadboad pun i pakai under maxis..pengguna tegar la katakan..hehehehe..


so kali ni, plan untuk BB jugak i amik under maxis..nak beli sebijik terus tak mampu..kihkihkih..so amik la plan bawah maxis...



i pilih BB Bold 9780







nak lebih spesifik, boleh go through this maxis web page ....



upfront payment yang i kena bayar is RM 999...then monthly, i kena amik BIS Pro RM 90 + dengan my monthly commitment RM 50 = RM 140 minimum payment..ok atau tak ok i pun tak sure but before this without BB, i punye monthly bill pun mmg lebih kurang itu gak, RM 100 ++.

and 1 more thing, i kene contract dengan maxis for 24 month aka 2 years..by hook or by crook, ko pakai ke tak BB tu ko tetap kene bayar BIS Pro plan yang RM 90 tu. nak kurangkan plan memang forbidden, tapi kalau nak upgrade plan pada yang lebih tinggi, pihak maxis amat mengalu-alukan.


dalam contract ada dinyatakan, if dalam tempoh 2 tahun tu, if i nak terminate this package, kurang-kurang i kena bayar diorang dalam RM 1,000. so think twice bila korang nak amik contract dengan maxis or mana-mana telecommunication service. lebih kurang je service diorang ni.


jadi agak-agak kalau dalam tempoh 2 tahun tu korang punya BB problem, then tak dapat gunakan aplikasi dalam BB atau senang cita, rosak aka 'campak dalam tong sampah je jalan yang terbaik', korang tetap kena bayar that RM 90. itupun if korang amik BIS Pro la..kalo amik BIS Standard, lain pulak package dia.


untuk BIS Pro ni, data plan i adalah sebanyak 3GB..cukup tak cukup den tak tau lagi sebab bil den belum sampai umah lagi. tapi i rasa cukup..melainkan sekiranya anda melayari laman web youtube 24/7 di BB anda..tapi kalo refer pada data usage yang i pakai sebelum ni without BB..just lebih kurang dalam 1GB +++. tak tau la kalo dah ada BB ni lagi 'hebat' data usage i kan.


untuk keterangan lanjut, apa kata korang gi maxis centre sendiri and tanya pekerja-pekerja dia yang memang pakar bab-bab ni. ada yang tanya pada i pasal plan ni, tapi sorry la ye. i takleh nak explain panjang-panjang sebab i tak expert.


if korang semua pernah go through my post sebelum ni ---> Telefon-telefon Saya! , korang akan tau phone apa yang i pakai sebelum ni. jadi before i beli BB ni, terpaksalah i menggadaikan telefon terakhir i yang paling i sayang iaitu Sony Ericcsson Yari untuk cover payment BB. sayang memang sayang, tapi sebab i dah nekad sangat dan sanggup menanggung sebarang risiko, akhirnya tergadai jugak En Yari saya !

"owh Yari..mommy gonna miss u baby..." (ayat kasi gedik sket..bahahhaa)


jadi, a LIL' bit review about my BB..

others aplicattion memang okeyh..memang takde problem apa-apa lagi dan diharapkan memang tak akan ada problem la untuk masa 2 tahun kehadapan..just kadang-kadang bila orang call tu, dia takleh nak dengar or tak berapa clear..kualiti vid sangat impress tapi camera tak berapa nak impress..acane tu? bukan vid or camera pakai aplikasi yang sama ke?


p/s = *quality gambar memang mana-mana phone pun tak leh challenge sony ericcsson punya camera..tapi apa ada hal..i kan ada olympus ---> cuba berfikiran positif


No comments:

Post a Comment