My Life, My Story

My Life, My Story

Wednesday, March 30, 2011

Bung Mokhtar : I'm being sex harassed




The Kinabatangan MP said his remarks on Monday in the Dewan Rakyat had been manipulated, causing him to be singled out by women's groups so much so that he felt “sexually harassed”.




alolo..cian dia. rasanya semua orang dah tau kot mengenai komen beliau yang mengatakan bahawa cara pemanduan kaum perempuan yang agak merbahaya. kenyataan tersebut mungkin bukan kepada semua, tapi segelintir sahaja. but actually, i'm agree with him sebab kadang-kadang i sendiri rasa i bawak dengan cara merbahaya. hehehe. tapi bukan perempuan je, lelaki pun ada la yang bawak cara merbahaya. cuma mungkin sebab dia lelaki, so kita boleh terima atas alasan, lelaki lebih cekap dan teror.  -yeke?-



tuptup..harini keluar pulak satu article dekat mStar yang bertajuk






....lor, pulak dah. and this article pulak based on research yang dilakukan oleh MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan turut disokong statistik PDRM


"Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.

Beliau berkata, dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya.

-petikan dari mStar


Tuesday, March 29, 2011

last speech !




semalam adalah hari last my bos bekerja dengan kami di Bahagian Perundangan
actually, tak tau nak cakap sedih ke ape ke
tapi yang penting TAHNIAH untuk my bos yang telah dinaikkan pangkat dan sekaligus ditukarkan oleh Jabatan Peguam Negara untuk berkhidmat di Kuching, Sarawak
sebagai Timbalan Pendakwa Raya



so, a week before..kitorang adalah buat sedikit majlis makan-makan untuk dia. masa majlis tu, dia adalah bagi a lil' speech buat staf-staf dia. bahagian i bekerja ni memang tak ramai so boleh dikatakan bonding between us agak rapat walaupun kadang-kadang adalah sikit salah-faham. tapi biasa la tu. mana-mana kerja pun memang macam tu.



" alhamdulillah, saya bersyukur sebab diberikan seorang PA yang baik dan efisen. dengan alia ni saya mengaku saya 'manja' dengan dia. semua benda saya suruh dia buat dari perkara yang sekecil-kecilnya pun kadang-kadang saya suruh dia buat. benda yang kadang-kadang memang perlu saya buat sendiri ataupun memang patut saya yang buat pun saya suruh dia. saya mengaku saya memang terlalu banyak bergantung dengan dia. disebabkan saya tau dia boleh buat semua kerja tu, itu yang membuatkan saya jadi malas. "



-------------------------  ME - speecless !  ----------------------------



"at the same time, saya jugak nak mintak maaf if sepanjang kita bekerja saya terlalu banyak mengharapkan awak dan saya jugak nak mintak maaf sebab kita tak banyak berborak. bukan saya taknak berborak, just saya takot pandangan orang luar nanti lain. kita tak tau pemikiran orang. so, untuk perkara itu, saya mintak maaf banyak-banyak."

----> (nah, terjawab sudah pertanyaan i selama ni kenapa dia jarang sangat nak berborak dengan i. padahal dengan orang lain ok je. dengan PA dia lain plak. rupanya ada sebab)



so, kat atas ni adalah antara speech dia buat i..honestly, i agak terkejut jugak sebab i tak sangka dia akan cakap camtu. walaupun kitorang baru je bekerjasama dalam setahun lebih, but bila dia cakap camtu, sekurang-kurangnya i rasa kerja i selama ni di appreciate. terasa yang selama ni walaupun i terpaksa faced dengan all the problem, all the 'attitude madness', all the 'macam-ragam' but sekurang-kurangnya lepas dia cakap camtu, i rasa lega lah sikit. terasa dihargai gitu. hahahah



so, semalam merupakan hari terakhir dia dengan kitorang dan juga i, dan semalam jugak, there's a lot of thing yang terjadi yang buat mood i agak terrible. as usual 'attitude madness' - sampai i takde mood nak buat kerja. nak duduk ofis pun dah tak lalu.


so, before balik, dia jumpa kitorang buat kali terakhir kalinya



"alia, i'm gonna miss u so much ! be a good PA. sorry, if after this, maybe saya akan carik u lagi, call u lagi untuk tolong i dalam urusan kerja i sikit."



the first, two sentence tu okay. sampai i pun terkedu sebab tak sangka dia akan cakap camtu but the last sentence tu apa cer? hurmmm...



apapun, thank u so much boss..u've teached me a lot. selain ajar i macam mana nak baca akta-akta penjara, perintah tetap kjp and all about law pada i, bos i ni pun banyak sangat mengajar i sikap 'sabar'. hehehehehe. memang banyak kene bersabar la dengan bos i yang satu ni.


and di masa hadapan, i tak tau, what kind of boss yang akan i dapat untuk replaced dia. but i harap sangat, he/she will be a good/kind boss like him too.

Wednesday, March 23, 2011

.lovely thoughts.




decide to be happy today
to live with what is yours
your family, your business, your job




if you can't have what you like
maybe you can like what you have




just for today, be kind, cheerful, agreeable
responsive, caring and understanding
be your best, dress your best, talk softly
look of the bright side of things




praise people for what they do
and don't criticize them for what they cannot do




if someone does something stupid
forgive and forget
after all, it's just for one day




who knows
it might turn out to be a good day !



Saturday, March 19, 2011

Secretaries Week





secretaries week just around the corner. 



mula la flyer-flyer, email, poster mahupun pihak media sendiri mewarwarkan tawaran yang disediakan untuk pihak-pihak bos 'menyemoncer' para setiausaha mereka. 


selalunya, pihak syarikat yang akan mengeluarkan duit untuk celebrate secretaries week ni. tapi agak-agak kalau bos diorang pemurah, biasanya bos itu sendiri yang akan keluarkan duit untuk secretary dia pegi event-event yang macam ni. tak kurang jugak, ada yang pegi dengan bos diorang sekali.


tapi as usual, selalunya kalau setiausaha ni kerja under swasta atau syarikat-syarikat besar, memang dapat merasala setiausaha-setiausaha tu nak jumpa artis-artis ni. tapi kalau kerja under government, rasanya tak ramai setiausaha yang dapat sponsor untuk pegi event yang macam ni. donno why..maybe takde peruntukan kot atau pun kedekut. ngehngehngeh. ----> statement yang sungguh meruntun jiwa. hahahah


"perlu ke secretaries week? kenapa secretery je? orang lain pun buat keje tapi takde pun sambutan macamtu?"


sesetengah orang mungkin akan mempertikaikan kenapa ada event khusus untuk para setiausaha. i sendiri pun sebagai setiausaha tak sure. mungkin kerana kerja keras diorang kot. ada sesetengah setiausaha yang perlu mengingati semua schedule bos dia for the whole month. kalau agak-agak tak mampu, dapat ingat for the whole week pun ok. ada juga yang perlu mengorbankan masa cuti diorang - waktu cuti, bos still carik tanya itu ini..tanye urusan kerja..nak cuti pun, depends pada bos.bos takde kat ofis, baru boleh apply cuti. nak bantah memang tak boleh sebab itu memang tugas kita. lagipun, bos are always right walaupun kadang-kadang ada wrong nya jugak. but as a secretaries, mereka telah dilatih untuk jadi lebih multi-tasking, 24/7 update semua schedule bos dan yang paling penting, 'tahan maki'..mungkin bukan bos dia yang maki, tapi orang sekeliling dia. orang tak puas hati dengan bos tapi setiausaha dia yang kene, setiausaha dia yang tapis dulu sebelum sampai kat bos.


ikut pengalaman, walaupun i baru je keje, but banyak bende yang perlu kita improved day by day. cara kerja kita, the way we pleased our boss. itu semua penting. ada satu hari tu, i kena kaw-kaw dengan orang luar sebab dia tak puas hati dengan bos i. orang tu marah i pungpangpungpang. nak cakap dengan bos i dia tak berani, jadi dia lepas kat i. cuba kalau i pass phone call tu kat bos i, i confem 100% that fellow tak berani nak cakap macam mana the way dia cakap dekat i. tapi sebagai setiausaha, walaupun kita kena basuh kaw-kaw, dah tentulah kita sampaikan 'pesanan' orang tersebut dengan cara yang baik, menggunakan ayat yang teratur disusuli dengan senyum yang tak berapa nak ikhlas (sebab baru kena marah).


jadi pada bulan April ni, as usual banyak pihak yang telah menyediakan event untuk 'orang yang selalu kena maki' ni..


antaranya,





Nostalgia with Dato' Siti Nurhaliza
Place : Matrade Exhibition & Convention Centre
Date : 5th April 2011
Ticket Price : RM 340 ++ to RM 560++ (per person)





Secretaries Week Luncheon with Anuar Zain
Place : Persada Johor, Johor Bahru
Date : 19th April 2011
Ticket Price : As written above according to per table price.

*if i'm not mistaken, dekat KL pun ada just i tak jumpa dia punya flyer

Place : JW Marriot, Kuala Lumpur
Date : 14 & 15 April 2011
Ticket Price : RM 420++ to RM 575++ (per person)






Divas Las Vegas with Anita Sarawak
Place : SACC Mall Shah Alam
Date : 06th April 2011
Ticket Price : RM 420++ to RM 550 (per person)






Secretaries Luncheon with Adibah Noor
Place : Sime Darby Convention Centre
Date : 22nd April 2011
Ticket Price : RM 190++ to RM 240++ (per person)


so, ni antara event-event yang i tau la.. nak tempek semua kat blog i, memang penat la i nanti dok google sana-sini. lebih bagus andainya if korang nak lebih tau la all the details, korang call sendiri pihak yang 'bertanggungjawab'.



"majulah setiausaha untuk bos"

Tuesday, March 15, 2011

Blackberry Bold 9780



setelah penantian yang begitu lama..
akhirnya, 'dia milikku'


actually, sejak munculnya dia, i dah jatuh hati dengannya. tapi apa kan daya. siapalah aku untuk memilikinya. terlalu jauh perbezaan antara ku dan dia. tapi aku sabar. yang mampu hanyalah memandang dari jauh.


sudahhhhhhhhh............


melalut terus ye kau qasehliya..straight to the point okeyh..


terang-terang kat atas tu i nak cerita pasal apa kan..anggap saja itu hanya pembuka bicara..lalalal~~~


- "alorh, blackberry ke? kecoh la lu..orang skang tak main la BB ni..skang ni zaman iPhone." 
- "hurm..ada aku kesah? hahahhaha.."


maybe bagi sesetengah orang, apa sangatla kalo pakai BB ni. lagipun kat dunia ni dah ramai kot orang pakai BB. i sorang je yang baru terhegeh-hegeh nk ber'BB'ing. (eh eh..jangan underestimate i..i tak suka ! ngehngehngeh)


*correction : ramai ke pakai BB?? depends pada citarasa individu la ye



the original of blackberry -----> huduhkan..lololo




yang ni pulak BB Curve 8520 --> the lowest price yang ditawarkan oleh maxis untuk BB



owh, before that..lupe i nak bagitau, i adalah pelanggan setia MAXIS..ecewaah..ayat cam bagus..bahahahaha..before this i pakai prepaid, then i tukar postpaid..broadboad pun i pakai under maxis..pengguna tegar la katakan..hehehehe..


so kali ni, plan untuk BB jugak i amik under maxis..nak beli sebijik terus tak mampu..kihkihkih..so amik la plan bawah maxis...



i pilih BB Bold 9780







nak lebih spesifik, boleh go through this maxis web page ....



upfront payment yang i kena bayar is RM 999...then monthly, i kena amik BIS Pro RM 90 + dengan my monthly commitment RM 50 = RM 140 minimum payment..ok atau tak ok i pun tak sure but before this without BB, i punye monthly bill pun mmg lebih kurang itu gak, RM 100 ++.

and 1 more thing, i kene contract dengan maxis for 24 month aka 2 years..by hook or by crook, ko pakai ke tak BB tu ko tetap kene bayar BIS Pro plan yang RM 90 tu. nak kurangkan plan memang forbidden, tapi kalau nak upgrade plan pada yang lebih tinggi, pihak maxis amat mengalu-alukan.


dalam contract ada dinyatakan, if dalam tempoh 2 tahun tu, if i nak terminate this package, kurang-kurang i kena bayar diorang dalam RM 1,000. so think twice bila korang nak amik contract dengan maxis or mana-mana telecommunication service. lebih kurang je service diorang ni.


jadi agak-agak kalau dalam tempoh 2 tahun tu korang punya BB problem, then tak dapat gunakan aplikasi dalam BB atau senang cita, rosak aka 'campak dalam tong sampah je jalan yang terbaik', korang tetap kena bayar that RM 90. itupun if korang amik BIS Pro la..kalo amik BIS Standard, lain pulak package dia.


untuk BIS Pro ni, data plan i adalah sebanyak 3GB..cukup tak cukup den tak tau lagi sebab bil den belum sampai umah lagi. tapi i rasa cukup..melainkan sekiranya anda melayari laman web youtube 24/7 di BB anda..tapi kalo refer pada data usage yang i pakai sebelum ni without BB..just lebih kurang dalam 1GB +++. tak tau la kalo dah ada BB ni lagi 'hebat' data usage i kan.


untuk keterangan lanjut, apa kata korang gi maxis centre sendiri and tanya pekerja-pekerja dia yang memang pakar bab-bab ni. ada yang tanya pada i pasal plan ni, tapi sorry la ye. i takleh nak explain panjang-panjang sebab i tak expert.


if korang semua pernah go through my post sebelum ni ---> Telefon-telefon Saya! , korang akan tau phone apa yang i pakai sebelum ni. jadi before i beli BB ni, terpaksalah i menggadaikan telefon terakhir i yang paling i sayang iaitu Sony Ericcsson Yari untuk cover payment BB. sayang memang sayang, tapi sebab i dah nekad sangat dan sanggup menanggung sebarang risiko, akhirnya tergadai jugak En Yari saya !

"owh Yari..mommy gonna miss u baby..." (ayat kasi gedik sket..bahahhaa)


jadi, a LIL' bit review about my BB..

others aplicattion memang okeyh..memang takde problem apa-apa lagi dan diharapkan memang tak akan ada problem la untuk masa 2 tahun kehadapan..just kadang-kadang bila orang call tu, dia takleh nak dengar or tak berapa clear..kualiti vid sangat impress tapi camera tak berapa nak impress..acane tu? bukan vid or camera pakai aplikasi yang sama ke?


p/s = *quality gambar memang mana-mana phone pun tak leh challenge sony ericcsson punya camera..tapi apa ada hal..i kan ada olympus ---> cuba berfikiran positif


Monday, March 14, 2011

SuaraFata : Surat Terbuka Untuk Datin Seri Rosmah Mansur




kali ni tamo cite lebih-lebih sebab selebihnya boleh go
through this link ----> SuaraFata


just wanna shared this with others...
ada kebenaran disebalik kata-katanya..
sesetengah je yang mampu / berani bersuara..
anggap saje beliau mewakili kita semua..


*honestly, i sendiri tak baca semua..sebab panjang nau surat dia tapi i sempat la mengreview beberapa perkara penting..selalu orang cuma hanya berani cakap sesama kita..complain dalam hati..tulis dalam blog/facebook/twitter..

this teenage are so brave...bravo la !

Sunday, March 13, 2011

Nak kasi tips sikit boleh???




assalamualaikum everybody..


its been a long time right??? dah lama sungguh i tak update blog..tapi apa ade hal??? i bukan bloggers popular yang orang dok tanye-tanye bila nak update blog...hahaha..bunyik nak sedih je kan..lalalala


so, hari ni i nak share something..


lately, i sering mendapat pujian-pujian yang menyebabkan i berasa BANGGA ! (YA ALLAH YA TUHANKU..jauhkanlah hambamu ini dari sifat seperti itu..semua ini hanyalah pinjaman semata-mata)


tak perlu la i mention kat sini apa pujian yang i terima..cukuplah sekadar kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada kita...alhamdulillah sangat...


i pun sebenarnya pelik, why all of sudden..tapi i tau, everything happens for a reason...


maybe sebab orang nampak i dah seceria dulu ataupun dah kembali menjadi qasehliya yang dulu yang sentiasa tersenyum dan ketawa...itu adalah salah satu faktor...


my mom pernah cakap, kalau nak cantik, takyah make-up pun takpe...cukup dengan air wuduk 5 kali sehari..it's enough !!!! that's true !!! totally true...ianya bukan sahaja 'mencuci' luaran kita tapi insyallah, dalaman juga


itu satu bab, tapi actually apa yang nak i canang-canangkan kat sini, apa yang i nak share adalah apa yang i apply kat muka i ni if i go for make-up...make-up pun tak selalu sebab bagi i leceh..kalo make-up pun selalu half-day je..after solat zohor, memang selalu muka i kosong..yang ada just compact powder and a lil' bit lipbalm will do


okeyh...here we go..


first step,

facial wash - Bio-Essence Bird Nest

currently trying their facial wash sahaja..yang lain belum sempat lagi..


i memang kurang berminat dengan facial wash yang gel..honestly, i betul-betul tak suka..tapi kalau dah terbeli tanpa membaca label, i pakai jela dengan rasa redha..walaupun tak satisfied..i rather choose foam sebab i rasa lebih satisfied..kalau bab-bab foam ke gel ke, depends pada individu..mana yang sesuai..but i tak sure samada yang jenis bird-nest ni ada yang gel atau tidak..yang ni pun i beli tanpa berfikir panjang, without any suggestion from anybody...1st time i nampak, terus i grab tanpa pikir dia punye kesan if ada pros or contras nya..tapi i rasa maybe sebab packaging dia..walaupun i rasa packaging macam orang tua..bahahaha...abaikan..but i pakai yang facial wash sahaja ya..



toner - L'oreal White Perfect



packaging sangat besar sampai i tertunggu bila dia nak habis


kenapa tak used set bio-essence tu? memang nak pakai set yang tu actually..but sebab previous ni i pakai l'oreal punya facial wash, then dia punya toner tak habis lagi, jadi i pakai je la toner dia..nanti beli lain, cam membazir lak..lagipun l'oreal punya toner ni sikit punya besar..kite pakai pun ciput jek..jadi memang tahan lama aka save cost..facial foam dah habis 3 botol, toner baru 1 botol...



skin care - Probio-C




i jumpa probio-c ni while i blogwalking dr totin jamain punya blog..dia ni seorang doktor, then dia ada la buat beberapa review pasal product yang dia prefer untuk pakai..dalam masa yang sama, dia pun ada jual beberapa produk..dalam banyak-banyak product tu, i choose probio-c..actually probio-c ni jugak kita boleh kenal dia sebagai sejenis collagen..tapi yang selamat punya..takde cocok-cocok ni der...sapu jek..nak tau lebih lanjut about this product, bolehlah review kat page ni ----> dr totin punye web . that day i beli dekat dr totin, rm 38 for 10 ml..memang nampak cam mahal, tapi berbaloi kot..lagipun bukannya i pakai selalu..time nak fully make-up je..tapi yang sedihnya, sekarang dr totin dah tak jual barang-barang tersebut kerana beliau sungguh sibuk dengan tugasnya sebagai doktor..so, if habis, kau kene carik sendiri dekat farmasi-farmasi sekitar INDONESIA...aiyakk...sib bek i punya banyak lagi, but if habis, i ingat i nak tempah tiket gi INDONESIA and carik this probio-c sebotol pastu balik MALAYSIA...eceh..cakap cam INDONESIA tu sebelah rumah i je kan..hahahahha



next skin care goes to - Olay Natural White Day Cream




yang ni i pakai lepas disuggest kan oleh kak shiela oh lala..one of my kakak ofis..disebabkan waktu tu, my skin care pun dah habis, bila dia suggest yang ni, i pun just grab la..she ask me to were it with the night cream, tapi disebabkan i ni insan yang jenis kalo tidur tu, memang tak suka ade apa-apa bahan kimia dekat i..tak kira la badan ke muka ke..jadi i pun just pakai yang day cream..1st try ---> owh, saya sangat suka ! really feel that dia lindung muka kita..(cakap nak dramtik je kan..hahahha)

after dah apply semua diatas, baru la i mula make-up..pakai two-way foundation dulu ye kawan-kawan..then baru apply all the 'mak nenek'...

tapi macam i mention tadi, semua ini hanya akan dipakai if i fully make-up..kalo sekadar duduk rumah, buat habis duit jek pakai bende alah ni..kire if weekdays, i pakai sekali sehari sebab nak gi keje..itu pun just half-day..after that, i removes everything..on weekend pulak...depends..kadang-kadang keluar i just apply compact-powder..lagipun sometimes kita kena bagi kulit kita bernafas sikit..sian dia asik kene block dengan bahan-bahan kima je..


so, this is beberapa product yang i pakai..i just mention apa yang i pakai, then terpulang pada individu samada ianya sesuai untuk muka kita atau tak..ada yang jenis kulit sensitif, maybe tak sesuai..tapi macam i, sapu ape je..memang takde masalah..alhamdulillah..


akhir kata...SELAMAT MENCUBA !!!