My Life, My Story

My Life, My Story

Thursday, December 30, 2010

Bukan Diriku versi Loki Si Suara Sengau





Sinetron Bukan Diriku dah pun mula ditayangkan seminggu yang lepas kat Astro Ria. 
Tapi bila masuk part kemunculan si Loki - seorang yang mirip seperti Ryo baru jalan cerita dia macam happening sikit.


Buat yang tak tahu cerita apakah yang i tengah war-warkan ni, korang boleh refer pada entry i Sinetron Bukan Diriku - tapi entry ni tak berapa complete sebab entry i yang ini takde sebut pasal kemunculan Loki. lebih afdal kalau korang tengok sendiri cerita dia kat Astro. sekadar baca sinopsis tak cukup la. takde feel. hahaha..


Loki and Ryo is still the same person. Yang bezanya ialah si Ryo dah mati, si Loki pulak seorang penyanyi jalanan. i nak letak gambar Loki sebenarnya tapi disebabkan i tak jumpa gambar dia dengan rambut cacak-cacak dia tu (still standing), korang tengok jela video kat bawah ni. kenapa i attach video ni sebab i suka dengar baim wong nyanyi. sengau nak mampos tapi best. kelakar giler pulak tu.



(inilah Loki, inilah Ryo dan inilah Baim Wong)



Bukan Diriku - lagu dari Samsons , OST Sinetron Bukan Diriku
Loki Si Suara Sengau - Lakonan Baim Wong





(credit to my luvly sis @Intan_Aimluvs for the link to this 'keren' vid)








* Nota Kaki :


Baim nak datang Malaysia on 11th January 2011. Jadi kepada peminat-peminat Baim...jom la kita ramai-    ramai memeriahkan 'majlis'. sebarang maklumat bolehlah refer kepada Baim Wong Fans Page (official) . Any update please refer kat situ k.

Piala Suzuki - Cuti Umum - Fahmi dan Si JariRuncingnya




First of all,
 I just wanna wish to our 'Harimau Muda' - A BIG CONGRATULATIONS
sebab dah menang Piala Suzuki 2010 selepas 14 tahun kita tunggu nak dapat piala tu. 
(Bila tengok diorang julang piala tu, rasa macam nak main bolasepak plak. Hahahahha...Boleh plak camtu kan. (^_^)




Kitorang sangat-sangat berbangga dengan korang 
sebab korang la kitorang dapat CUTI UMUM ! 

Bak kata En.Mohammed Zaim (@theRealZaim)

'Only the National Football team have the power to give the whole nation a public 
holiday for winning a cup.'


Eh eh, bukan....
Sebab korang telah mengharumkan nama Malaysia. En Rio Ferdinand (@rioferdy5) siap puji kita kat twitter dia. Bangga tak bangga kan. I rasa macam nak cakap 'ferdinand puji kitorang, KAU hade? xde kan' teheehee




Before I mengakhiri entry kali ini, (eh, macam pendek plak kan entry I ni. bukan ape, I takot nanti I teremosi lak kan sebab if korang ada twitter memang menyakitkan hati - komen-komen pihak lawan tu yang takleh tahan).


*ulang ayat*


Before I mengakhiri entry kali ini, I nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada player-player kita yang dah berjaya mengharumkan nama negara. 
Kepada Safee Sali yang dah tolong jaringkan gol, 
Idlan yang sanggup turun padang walaupun baru lepas kawin dan...... 

yang menjadi sorotan media massa dan juga sorotan gadis-gadis, siapa lagi kalau bukan Fahmi. "OMG ! Hanis Zalika suka My Incik Apex" ----> bak kata buah hati Encik Fahmi ni Elia Si Jari Runcing . 'What ? Buah hati ? - Ye BUAH HATI


Jadi jangan nak gedik-gedik ye gadis-gadis sekalian! Tetiba semua orang nak mengaku Fahmi tu boyfriend dia kan. Eh, I plak yang lebih-lebih kan. Aweks die relax je.Hahahaha....Nasib baik I bukan dikalangan gadis-gadis itu. Kalau tak mesti I pun frust kan. Bahahaha...


Apapun, tahniah diucapkan kepada BF anda ye cik Elia. Bf anda kelihatan sungguh menyukai bola. Dapat bola terus tak lepas. Ada orang cakap 'dibalik kejayaan seorang lelaki itu, pasti ada wanita di belakangnya'. I bet u diantara wanita itu (^_^)


Kepada player-player yang lain contohnye Muslim, Asra dan yang lain-lain - thanks guys. Yang tak sebut nama tu janganlah kecik hati plak kan. Sebab I memang tak mampu la nak ingat semua kesebelasan campur simpanan-simpanan semua. Tak lupa jugak, congratulations buat K.Rajagopal.



*p/s : nasib baik si fahmi tak merajuk sebab kene laser haritu. kalau tak, mesti dia ajak team kita pegi tepi padang pastu nak tangguhkan perlawanan. hahahaha....'no hal la laser laser ni' kata Fahmi. laser ? ade lagi laser ni tapi fahmi relax je. x kecoh pun macam si marcus tu.

Tuesday, December 28, 2010

Maskara Mengurangkan Bulu Mata !



FAKTA !


Korang pernah dengar statement ni tak? confirm tak sebab I yang cipta. (^_^)
Ini bukan cakap kosong ye. It based on fact and experience.
(wah...cam bagus nau kau kan alia.teheheheh)


I mula make-up make-up ni start I masuk sem 4 masa I belajar kat Poli dulu. Ada satu lecturer lelaki ni kata 'If saya tengok muka korang tak bermake-up langsung, muka macam mayat hidup....korang tak payah attend kelas saya !' -----> nak mampus kau tak attend...subjek penting kot. Nak taknak, masing-masing mula la ke watson ke guardian cari blusher, lipstick, mascara, eyeliner dan sebagainya.


I pulak, cam biase..make up simple nak mampus sebab tak reti nak make-up waktu tu. Satu lagi sebab make-up menyebabkan anda akan membuang masa terlalu lama di depan cermin hanya gara-gara tak reti nak apply eyeliner dekat your eyelid. Pastu member semua dok pakat tinggalkan kita sorang-sorang sebab lembab. Hahahhaha...---> I la tu.


Zaman tu I just apply compact powder, eyeliner (orang pakaikan) dan lipbalm. Sekurang-kurangnya takla nampak macam mayat hidup kan.



(ini time dolu-dolu. tengok tengok. muka make-up ke tak same je.heheheh)


Tapi bila dah meningkat dewasa, dah kerja pun, dah mampu beli itu ini, I beli la mascara. Alhamdulillah, I dikurniakan bulu mata yang agak panjang. Jadi, memang I tak pernah pakai bulu mata palsu untuk apa-apa function yang I attend (eh, bunyi macam riak pulak..astaghfirullahalazim)


(okeyh, ini bukan mata I. thanks kepada encik google buat gambar mata yang menawan ini)



Korang tau tak mascara tu hape? Jangan cakap tak tahu. Memang nak mintak pelempang la kalau tak tahu. Tapi kalau lelaki, masih boleh diterima sebab dorang kan tak pakai mascara *eh, tapi ade je kot yang pakai - okeyh, yang itu tidak dikira ye*





Bila nak beli mascara, almost woman akan cari yang waterproff punya kan. Yela, sat lagi kene air sikit kene peluh sikit - meleleh...tak pasal-pasal kau jadi macam 'pontianak harum sundal siang' kan. Jadi, nak bagi dia stay, korang-korang mesti cari yang tahan lama and boleh stay kat bulu mata korang dalam jangka masa yang lama.


Jadi, alkisahnya...satu hari tu I belilah satu jenis mascara ni yang memang waterproff and tahan lama. Yang penting, 'mata anda akan kelihatan seperti kucing' ----> KATANYA. Tapi memangla, bila I pakai, bulu mata I siap boleh terlanggar-langgar dengan cermin mata yang I pakai sebab panjang sangat. Sebab bulu mata berlanggar dengan cermin mata tu tak jadi hal sangat sebab I pakai mascara apa pun mesti jadi camtu. Yang menjadi hal-nya, bila I balik nak cuci make-up, BETAPA SUSAH YA AMPUN korang tau nak removed mascara tu. I rasa ada gakla tercabut 1-2 bulu mata I. Lepas tu I dah jarang pakai sebab bayangkan kalau kita nak pi solat semua...berapa kali korang apply berapa kali korang removed and berapa banyak bulu mata korang tercabut untuk sehari. Jadi, kalau mascara jenis yang itu, seelok-eloknya pakaila ketika anda ingin menghadiri function yang agak grand. Kalau setakat pegi office nak pakai mascara camtu, tak payah la kak timah oi.*pegi ofis perlu ke pakai mascara? tak pakai pun xpe kot. i relax je tak pakai. hehehehehe. jadi pada yang tak pakai tu janganlah anda merasa rendah diri. pada yang nak pakai pun, takde masalah sebab takde pekeliling tentang larangan pemakaian mascara di ofis ye*


Jadi, I beli la mascara yang x brape waterproff (dia still tulis waterproff tapi kalau kene air, meleleh gak - acane tu?). Kira kalau I cuci muka, pastu I tak bilas bersih-bersih, I akan jadi 'pontianak harum sundal siang' la. Sekurang-kurangnya, tak la banyak sangat bulu mata I tercabut. I sayang bulu mata I tau.


So, apa yang I cakap ni adalah based on my experiance la. Tak tahu la kalau I ni je yang ganas bila nak cuci mascara sampai tercabut bagai. Sebab walaupun I tenyeh dengan krim atau minyak yang khas tok removed waterproff mascara, still tak jalan. I perasaan bulu mata I macam dah kurang sikit. Hurmmm....Tapi yang pasti I lebih prefer mascara yang tak berapa nak waterproff untuk daily-used.



*p/s : sampai sekarang I tak reti nak pakai eyeliner..hahahah..what the heck kan..

Laser Jadi Trending Topic ar weyh !



Popular En Laser sekarang. Jadi Trending Topic kat Twitter tau. 
Publisiti murahan tol la kau En Laser.



Hai semua. Assalamualaikum



Cerita hangat sekarang ni kalau bukan pasal bola atau pasal En Laser apa lagi kan. Satu dunia gempak nih. Trending Topic bagai (jujur saya rasa sangat sakit hati baca TT tersebut). Camne tak TT kan kalau kat Twitter tu penuh dengan pengguna 'pencipta TT' itu. Hahahaha.











Ape pun, saya sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga di atas pencapaian kalian !!!!
(kalian refer kepada pemain bolasepak Malaysia ye bukan pencipta TT)


Wah wah wah. Qasehliya buat post pasal BOLA la weyh. Sungguh tidak mempercayainya. 


Jujur I mengaku kat sini, I ni tak la patriotik sangat apatah lagi kalau soal-soal bola ni. Tapi untuk kali ini, isu laser ni agak menarik perhatian BETA ye. Apatah lagi isu pasal 'bot dan perairan untuk tangkap ikan' tu baru je reda. Tak campur lagi isu 'halau-menghalau'. Benda kecil - diperbesarkan. Benda yang belum tentu betul kesahihannya - dicanang bagai nak rak. Benda yang betul ?



Tapi, bagi I la kan...(okay, this is just my opinion)



Kita sebagai rakyat Malaysia, tak perlu la nak membalas balik perbuatan meraka tu. Tak payah la nak cipta Trending Topic supaya satu dunia tahu. Tanpa Trending Topic, satu dunia dah tahu negara Malaysia ni macam mana. Kalau sekadar nak based pada Trending Topic, ada buktikah anda ?

Biarlah mereka nak halau rakyat Malaysia - kita mengalu-alukan meraka. Ada pihak pulak siap boleh tolong nak menukar status 'pendatang tanpa izin' kepada status 'pendatang dengan izin'. 

Biarlah meraka nak suruh / paksa rakyat diorang balik - kita sendiri tak pernah suruh / paksa diorang meninggalkan kita. Malahan diorang yang tak nak balik. Apa cer ?

Biarlah diorang nak mengamuk mengatakan rakyat diorang kat sini didera atau sebagainya - kita disini siap boleh naikkan gaji diorang.

Biarlah diorang kata keselamatan rakyat diorang kat sini tak terjamin - tapi pada dasarnya keselamatan kita kot yang tak terjamin. Perempuan nak keluar sorang-sorang pun takut weyh.

Biarlah dia nak kata kita negara 'maling' ke 'sial' ke apa kan (dorang ni memang pandai cipta nama la - saya sangat kagum akan kebolehan meraka) - yang pastinya Dunia sendiri dapat membezakan antara kata-kata yang mana boleh dipercayai ataupun tidak. Dunia boleh lihat sendiri perbezaan yang agak besar diantara dua negara ini.

Biarlah diorang cakap kita menipu dengan menggunakan laser - padahal mereka sendiri yang mengajar kita menggunakan laser tersebut. Tapi takde pulak Trending Topic waktu tu sebab kita tau perkara itu hanya hal yang kecil. Kira macam isu budak-budak.

Biarlah diorang nak kutuk-kutuk negara lain atas kesilapan sendiri - kita sendiri bila jadi apa-apa sentiasa muhasabah diri dan cuba memperbaiki kesilapan itu. Jangan kutuk negara lain. Paling-paling kalau kita kalah pun yang kena bambu tu player Malaysia la, FAM la, Kementerian Sukan la (itu la namanya muhasabah diri.hahahaha). Takde kot kita petik nama orang luar atau negara luar bila kita kalah.

Biarlah diorang nak cakap kita pakai dukun segala - walaupun kita rasa macam tak logik je.


Memang la kita tak boleh nak biarkan meraka bermaharajalela mengutuk dan mencaci negara kita, tapi janganlah kita membalas perbuatan mereka dengan perbuatan-perbuatan yang boleh memalukan diri kita sendiri sekaligus menampakkan kebodohan diri seperti membuka pekung di dada.


I akui ada banyak blog yang mencaci rakyat mereka (I ada terbaca semalam. memang blog ni kaw-kaw dia hentam Indonesia. memang 100% I tak setuju untuk yang satu ini) - bagi I memang tak patut kerana itu menandakan anda takda benda yang lagi bagus nak buat. Asik dok hentam orang, tapi diri sendiri pun tak maju mana pun. Dari korang kutuk-kutuk diorang, baik korang habiskan masa tulis article meng'support' negara sendiri.


Apa-apa pun, kepada pemain Malaysia...semoga dapat mengekalkan rentak permainan dan memperoleh kejayaan.


Kepada penyokong Indonesia, I salute dengan korang sebab semangat korang memang tak boleh challenge dengan semangat penyokong negara lain. Haritu masa match pun takde perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Mungkin mereka sudah terdidik dengan nilai-nilai murni rakyat Malaysia. 

Menang - kalah adat bertanding. Biasala tu...


Apa pun, GOOD LUCK KEPADA BOTH TEAM.
CHAIYOK-CHAIYOK !





* Orang yang berkata-kata sambil dipengaruhi oleh emosi adalah orang yang BODOH ! Jadi, berfikirlah dulu sebelum berkata-kata sekiranya anda tidak mahu digelar BODOH ! *

Wednesday, December 22, 2010

Marshed. 10 Daily Things To Do




Assalamualaikum semua


Today, I just wanna share something dengan korang semua. Post kali ni actually the idea came from Andriani Marshanda ataupun Marshanda. An actress/singer from Indonesia. Kalau dekat Tumblr, I just reblog balik je dia punya post ni. But untuk blog I yang ini, I akan translate sikit-sikit mengikut kefahaman I untuk kita shared sama-sama benda ni.


Kenapa I rasa terpanggil untuk reblog balik post dia sebab I rasa everybody need to do all this thing in their daily life. Baru korang akan rasa complete. (Selain mandi, makan, solat dan tengok tv). Thank you so much Marshed. for the 'tips' ( I called it tips ) because everything is worth-it. I dah cuba praktikkan sikit-sikit and I rasa hidup I lebih teratur dan tak terlalu mengikut emosi that's mean in any situation, I akan jadi lebih tenang. 


Oh, ya...Before that pada sesiapa yang ada interest untuk mengetahui perkembangan Marshanda, boleh la follow die on Twitter - search for @amarshanda and untuk Tumblr - search for Marshed. She just an inspiring girl. 


Here are the link


TWITTER




TUMBLR






10 Perkara Yang Perlu Dipraktikkan Setiap Hari

1. Memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T sekerap yang mungkin. Bersyukur di atas perkara-perkara yang telah dikurniakan pada kita tak kirala samada perkara itu baik atau tidak. Selain kita dapat pahala, sekurang-kurangnya tak la kita asyik merungut itu dan ini. Honestly, I sendiri selalu merungut. Kalau tak caya gi tengok facebook I. Confirm ada punya rungutan-rungutan yang entah hape-hape. So ALIA ! Take note k! Orang yang tak tahu bersyukur dan selalu merungut adalah orang yang tak pernah menghargai pemberian Tuhan. Tamo jadi camtu k.

2. Ambil masa untuk memikirkan tentang diri sendiri, tentang kehidupan kita, tentang kebahagian kita dan tentang bagaimana cara untuk kita jadi lebih produktif ataupun lebih baik. Takyah lama-lama. Sekejap je. Sebab kalau lama-lama takut termasuk alam 'Mat Jenin' lak kan. Berangan je buang masa. Tapi satu habuk pun tadak.

Spend about 10-15 minutes by yourself. Merenunglah. Pikirin diri kita sendiri, evaluasi apa aja yang udah kita raih dalam hidup, apa saja yang belum tercapai, apa aja yang masih perlu kita pelajari supaya menjadi lebih baik. Apakah kita sudah cukup merasa tenang? Sudah cukup bahagia? Sudah cukup dekat dengan Yang Diatas? Apa aja yang bisa kita lakukan untuk menjadi lebih baik dalam pendidikan, social life, love life, dan family life kita? Dan apa saja yang bisa kita berikan, bisa kita kontribusikan bagi lingkungan kita? Bagi keluarga, sekolah, tempat kerja, ataupun bagi masyarakat? Seberapa banyak yang bisa kita berikan bagi orang-orang disekeliling kita dan dalam bentuk apakah kontribusi kita itu? Sudah cukup produktifkah kita? Karena sikap produktif saya percayai bisa mem-boost self esteem kita, bisa bikin kita jadi lebih percaya diri, dan bikin kita tau bahwa diri kita ini ‘bisa’ dan juga berguna bagi orang lain. Dan sikap produktif can lead to having a “prestasi”. Dan memiliki prestasi juga membuat kita jadi percaya diri dan lebih termotivasi untuk aim higher in life dalam bidang apapun itu. :)
                                                                                              - courtesy : Marshed.

* tips yang satu ni memang I tak pernah buat. "patutla kau tak pernah maju alia oi!"

3. Peluklah orang yang anda sayang. Ait ait ! Peluk yang muhrim sahaja ye. Peluklah mak atau ayah kita. Tak pun siblings kita. Kalau dok jauh dari parents atau family, peluklah kawan-kawan 'semuhrim' anda. *Tapi tak pelik ke kalau kita tiba-tiba peluk kawan kita? Hurm...Pelik gak la.* Yang dah berumahtangga - boleh la peluk suami dan anak-anak anda. Yang belum bersuami / beristeri, jangan dok gatai-gatai nak peluk boyfriend atau girlfriend anda. Tak baik tau. I selalu peluk either my mom or my dad waktu pagi-pagi before I pegi office. Syukur I masih duduk dengan diorang. Tak la I nampak macam orang kurang kasih-sayang kan. Heheheeh. Peluk orang ni jugak sebenarnya boleh meningkatkan keyakinan diri kita selain merapatkan silaturrahim. Jadi, marilah kita berpeluk-pelukan ye (^_^)

4. Baca atau tulis beberapa 'pepatah atau ayat-ayat' yang bagus ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'Great Quote'. Translation I memang teruk ar. Nak translate 'Great Quote' pun sikit punya susah. - Okay, yang ini memang hari-hari I buat. I memang suka kumpul Quote. I tak tahu kenapa. Every morning, before I start keje I, I akan bukak @ihatequotes dekat twitter. Dah jadi macam daily routine. Tambah-tambah lagi kalau waktu tu mood I upside-down, satu hari I asyik baca quote je. Dan ada sesetengah quote tu boleh bagi kita semangat dan boost-up kita punya mood.

5. (Baca dalam nada semangat !) Dengar lagu favourite korang dan jangan lupa nyanyi bersama ye! Tak kira la dimana anda berada, nyanyila selagi anda boleh. Tapi pilih lagu yang happy-happy or rancak la. Jangan dengar lagu 'mat leleh'. Confirm korang pun leleh. I selalu buat waktu drive ondaway pegi keje, dekat office (kalau kat office, volume suara tu takyah la kuat sangat kan), drive balik umah and kadang-kadang kat umah malam-malam. Hehehehe. Tiap masa I nyanyi nih. Tapi suara gitu gak. Tak plak berubah cam suara Dato' Siti. Kihkihkih. Tapi yang penting bukan suara sebab anda bukan nak jadi artis pun kan, yang penting adalah mood kita tu.

6. Ketawa - Yang ini takyah nak explain kot. I single word with a simple meaning. Tapi tolonglah ketawa bertempat. Janganlah ketawe tak tentu pasal. Nanti orang anggap anda ? Hurmm...paham-paham la ye. Sekurang-kurangnya orang akan menganggap anda ada gak la humour of sense bukan heartless dan hampeh.

7. Puji seseorang dengan tulus dan ikhlas. - DENGAN TULUS DAN IKHLAS ye kawan-kawan. Okay, saya mengaku saya memang suka puji orang on-the-spot kalau saya spot sesuatu yang menarik atau cantik pada seseorang tu. Lagipun orang sebegitu memang layak diberi pujian. Tapi kalau korang nampak something yang pelik pada seseorang tu, please please...janganla berpura-pura memuji beliau. Cukup la korang just senyap dan senyum. Takyah nak kutuk pun. Tapi, kalau dia mintak pendapat, please bagi pendapat yang jujur. Kalau I...macam tula I buat. Kalau memang tak kena dengan mata I, memang betol I cakap tak sesuai. Dah kata mintak pendapat, kena la terima sebarang pujian maupun kritikan secara terbuka. Kalau tak dapat terima kata-kata orang lain, takyah dok tanya mintak pendapat. Cukup anda menjadi seorang 'confident'. Confident is sexy. Walaupun kalau korang buat bende pelik, tapi kalau korang confident, benda tu akan suit dengan korang dan automatik benda tu tak nampak pelik. Trust me !

8. Baca atau tonton berita sekurang-kurangnya 10 minit. - supaya kita lebih up-to-date dengan perkembangan semasa. Takla jadi katak bawah tempurung - Korang tau tak, yang ni memang den lomah nau. I memang jarang ar tengok berita atau baca paper ni. Tapi kalau tiba-tiba datang mood rajin membaca I ni, dengan iklan-iklan I baca.  

9. Ucapkan perkataan 'Saya Sayang Awak aka I Love You' pada orang yang kita sayang dan ucapkanlah dengan TULUS DAN IKHLAS. -  Tolanglah jangan bagi fake hope to others. Nanti orang pun fake kat kita. Padan muka kau. Tapi kalau takde 'love ones' macam I ni, ucaplah pada parents. Tak salah pun korang.

10. Buat 'to-do-list' - tips ini sangat bagus. I praktikkan bila office hour la. Baru-baru ni I try, then it works. Pagi-pagi, sampai office, kita senaraikan perkara-perkara yang kita perlu settlekan untuk haritu. Kita tulis kat 'stick-pad' pastu kita tempek dia kat PC kita. Ha....Baru semangat nak buat keje. Then, korang akan rasa semua perkara under your control. First time I buat, memang banyak kerja yang sebelum ni I asik tangguh je siap dengan jayanya. Tapi korang kena ada determination la. Jangan 'stick-pad' tu buat perhiasan je kat PC tu.


Okey-okeyh...Cukup 10. Penat tangan den taip nih. Marshanda punya post pendek je tapi I punya post apasal panjang nak mam***. Suka sangat hurai panjang-panjang. Ops! Bukan hurai tapi membebel. Damn !


Again, THANKS TO MARSHED.



Saya Gembira !

ACTUALLY



BERITA GEMBIRA UNTUK I JE KOT. (^_^) TINGG!!!!! 
(Mesti ramai yang kata 'Alahai, berita gembira untuk dia je la. Blah ar jom. Buang masa je aku dok sini'. Tehehehehe )



I DAH JUMPA BALIK BLOGSPOT I YANG DULU. DAH BOLEH BUKAK DAH SEKARANG. BUT I WONT MANAGE 2 BLOG IN 1 TIME. PERIBAHASA MENGATAKAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. JADI SATU SUDEY~ TAKYAH NAK MANAGE LEBIH-LEBIH


SO, KALAU ADA SESIAPA YANG TENGAH BOSAN DAN RASA MACAM NAK MENGISI WAKTU TERLUANG, JANGAN LA MALU-MALU GI BLOG I TU. BUAT BACA-BACA JE. ITU PUN KALAU NAK BACA LA. TIADA PAKSAAN YE. HEHEHEHE.

SO HERE ARE THE LINK




Saturday, December 11, 2010

I Love The Riches


Hey hey everybody (^_^)

( From left : Richard Harrera and Richard Hardin)

Siapa yang tengok TARA 4 mesti kenal siapa diorang yang I dok canang-canang kat atas ni. Mereka adalah pemenang TARA (S4). Both sangat handsome. Tu yang I terpanggil untuk tulis entry pasal diorang ni. Tehehehe. Semalam dekat AXN diorang wat tayangan maraton untuk TARA (S4) ni dari episode 1 sampai la final episode. I macam tak tercanguk plak kat depan tv tu kan semata-mata nak tengok this two Riches.



Richard Hardin, 34 Pro-Basketballer




Richard Harrera, 31 Modal / Actor


Both of them grown-up in US. Former-basketball enemies and now they're friends.

Tak banyak nak cerita, so just check-it out gambar-gambar diorang. I'm falling in love with Harrera. Owh, Harrera ~~~ (love's in the air..lalalala)


























(pictures courtesy by google)


last but not least, again...


CONGRATULATIONS TO THE RICHES!!!!!!!

Telefon-telefon Saya!

Assalamualaikum semua

Tengok tajuk! Macam budak-budak sekolah buat karangan pasal telefon pulak.

Hari ini I nak cerita pasal handphone aka telefon bimbit. I nak cerita mengenai telefon yang I pernah pakai sejak dari I umur 14 tahun sehingga la I umur 22 tahun ni. 
Budak-budak zaman sekarang ni kalau kita tengok, sekolah rendah lagi dah pakai Blackberry. Rasa tercabar pun ada kadang-kadang sebab I yang dah hidup selama 22 tahun ni pun tak mampu apelagi diorang yang baru hidup 11-12 tahun. Memang agak jealous la tengok diorang kan. Hahahah...Tapi kalau ikot logik pun kan, zaman kita dulu mana ada Blackberry. Kalau ada, confirm I dah pakai (ayat nak sedapkan hati nih). (^_^). 

Jadi jangan buang masa, let's check-it-out phone-phone yang I pernah pakai sepanjang hidup I ni.



ALCATEL

Okeyh, jangan ketawa ye. I tahu telefon I memang sangat comel. Bahahaha. Actually, ni bukan exactly picture dia sebab I pun dah tak berapa ingat rupa dia. Yang pasti rupa dia kecil pastu warna biru. Then dia takde function gambar ke bluetooth ke infrared ke. Lebih kurang macam telefon kat atas ni la. 
I dapat ni masa I Form 2 kot kalau I tak silap. Waktu tu I duduk asrama, jadi senang la kalau ada apa-apa kan. Tapi phone ni bukan pakai sangat pun just nak show-off kat kawan-kawan yang waktu tu kita ada phone. Haahaha. Perangai memang tak boleh blah doh dak Alia ni. Pastu waktu tu kita tak ada duit nak beli prepaid. Nak beli gula-gula 20 sen pun nak mintak mak duit apalagi nak beli prepaid RM 10. Kasihan kasihan~~




MOTOROLA L7

Kali ni dia dah up sikit. Screen dah warna-warna. Dah ada function gambar dengan infrared. Hahahhaha. Dulu kalau tak silap I, phone ni agak popular jugak la. Jadi siapa yang pakai phone ni kira bangga sikit la sebab kalau ada incoming call, macam-macam lagu keluar. Tak la standard mono-tone tu. Bangga tak bangga waktu tu kan. Teheehheeh... 





SONY ERICCSSON W200

Wah...waktu ni dah pandai pakai Sony Ericcsson. Comelkan phone ni. Sebab dia kecil. Just gambar dia tak berapa bagus. Tapi sounds dia ok sebab spesifikasi dia memang lebih kepada walkman (W).






NOKIA SABUN

I tak ingat dia series apa tapi yang pasti orang panggil dia sabun waktu tu sebab bentuk dia macam sabun. Tapi jodoh I dengan phone ni tak lama. Sekejap sangat. I pun tak ingat berapa lama. Tak lama lepas I beli phone ni, sabun I ni hilang waktu I pegi masuk rumah hantu dekat Bukit Merah Laketown Resort. Sangat sedih u'olls. Tapi apa boleh buat. Dah takde jodoh kan.





SONY ERICCSSON K800i

Ni la buah hati pengarang jantung I selepas pemergian Nokia Sabun I. Bagi I, dia complete. Sounds dia okay. Gambar dia pun TOP. Video pun sangat clear. I puas hati sangat-sangat. Tapi, tak lama lepas tu dia buat hal. Software problem katanya, jadi I pun amik keputusan untuk cari yang lain sebab untuk repair software dia je boleh sampai RM 200 - RM 300.





SONY ERICCSSON K550i

Yang ni jodoh I paling lama. Dekat 2 tahun jugak la. Walau pun I selalu merungut sebab phone ni kualiti video dia tak best, tapi phone dia okay. Last-last I jual phone ni sebab dah mula rasa bosan. Sebenarnya sayang nak jual sebab dia tak rosak apa-apa, tapi nak tunggu rosak tu, I tak tahu la bila. I dah pakai 2 tahun tapi condition dia macam I baru pakai 2 bulan. Teror tak teror I jaga dia kan.





NOKIA E71

Waktu ni Blackberry dah mula keluar. Hajat dihati nak try Blackberry tapi sebab tak mampu I beli Nokia ni je. Rupa dia dah nak sama, function je yang lain. Heheheh. Setiap kali pegang, rasa macam pegang Blackberry la pastu bangga sorang-sorang. Hahahah.  Tapi seperti biasa, apa yang I perasan, I memang tak ngam dengan Nokia. First Nokia I beli - hilang kat rumah hantu. Yang second ni pulak, sebulan I pakai, software problem. Ntah hape yang I godek pun I tak tahu. Dia still under-waranty sebab baru sebulan kan, tapi sebab I rasa I tak suka dengan Nokia dan maybe sebab I dah terbiasa dengan Sony, jadi I tolak Nokia ni dan akhirnya I kembali ke pangkuan Sony.




SONY ERICSSON YARI

So, this is my latest phone. Mr Yari. Nak beli Xperia tak mampu jadi beli Yari jela. Hahahha. Seperti biasa, kualiti gambar memang memuaskan sebab dia punya resolution 5.00 mega pixels. Sounds dia pun memang no-doubt. Jadi I memang puas hati bila dapat balik ke pangkuan Sony. Function dia pun I dah biasa, so harap-harap jodoh I dengan Mr Yari ni lama sikit la kot. Tapi kadang-kadang rindu gak kat N71 sebab feeling nak pakai Blackberry tu masih ada. Insyallah, ada rezeki nanti dapat la kot ek. Aminn...;p



p/s:

* cita-cita untuk memakai Blackberry masih ada. Bila la boleh dapat ni..hurmmm..


(bila la engkau akan menjadi milikku)

Thursday, December 9, 2010

Final : Amazing Race Asia Season 4



I'm waiting for this so freaking babe! At last! The final episode of season 4.


And here are the contestant from the early episode.




The contestant came from all over 'Asia'. 


My favorite is Jessy and Lani from Philippines. 

(Some people called them b****. But for me, they're just having fun. Just chill-up )



And here are the final contestants :


Richard Hardin and Richard Herrera from Philippines (Friends)



Natasha and Hussein from Indonesia (Father and Daughter)



Michelle and Claire from Singapore (Friends)



And at last, the winner goes to my dearest (eh, tetibe my dearest kan. Bukan dapat share pun kalau I panggil diorang dearest kan..hehehehe...)


The most toughest and handsome's contestant


 THE RICHES




CONGRATULATION GUYS!

P/S :

* Sempat meleleh airmata tengok anak-beranak Natasha and Hussein. Memang minah leleh ar lu Qaseh...;p yela, anak ngan ayah kan..gaduh tetap gaduh but bonding between them..hmmm...